Sejahtera Milik Kita

iii) Penerapan Elemen Psikologi Terdapat pelbagai kaedah membentuk sikap dan tingkah laku berdasarkan teori psikologi antaranya melalui teori operant conditioning (pelaziman), iaitu kaedah pemberian ganjaran dan pengiktirafan untuk tingkah laku positif atau pemberian hukuman untuk tingkah laku negatif (Staddon & Cerutti, 2003). Penghargaan diberi untuk mengiktiraf sesuatu sikap atau tingkah laku yang membawa kepada kecemerlangan penyampaian perkhidmatan. Manakala, bagi yang melakukan tingkah laku negatif diberi hukuman tatatertib seperti turun pangkat dan dibuang kerja. Pengiktirafan dan pelaksanaan hukuman ini memberi isyarat bahawa setiap perlakuan akan diperhatikan dan dipantau sewajarnya. Teori Hawthorn Effect sebagai contoh menunjukkan mengenai kaedah meningkatkan prestasi melalui pemantauan dan perhatian yang konsisten di mana pengkaji telah melakukan kajian kepada pekerja di sebuah kilang di di Chicago, USA dengan merubah kepada persekitaran tempat kerja seperti meningkat dan menurunkan pencahayaan serta mengubah waktu kerja yang kerap (Mohamad Hajari, 2020). Pekerja di kilang berkenaan telah mengubah tingkah laku kerja mereka (produktiviti) menjadi lebih baik walapun dalam keadaan lampu yang tidak terang kerana menyangkakan mereka dipantau atau diperhatikan oleh pengurusan kilang. Dengan mengintegrasikan pendekatan-pendekatan ini, pembentukan sikap dan tingkah laku positif pegawai perkhidmatan awam dapat dipertingkatkan. Ini bukan sahaja akan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih produktif dan harmoni, tetapi juga akan memperkukuh komitmen serta motivasi pegawai dalam melaksanakan tugas mereka dengan lebih berkesan. 12

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy