Sejahtera Milik Kita

9 Tingkah laku merupakan tindakan atau reaksi terhadap sesuatu yang boleh berlaku secara fizikal, lisan ( verbal ), atau bukan lisan ( non- verbal ). Tingkah laku seseorang tidak selalunya mencerminkan sikap sebenar individu berkenaan. Ketika sikap mempengaruhi tingkah laku, ini menunjukkan bahawa individu tersebut sedar tentang sikap mereka dan bagaimana sikap tersebut mempengaruhi tindakan mereka ( explicit attitude ). Contohnya, seseorang yang mempunyai sikap negatif mungkin masih bertingkah laku positif bergantung pada situasi dan konteks yang ada. Selain itu, individu boleh menunjukkan sikap sebenar melalui tingkah laku mereka atau menyembunyikannya untuk tujuan tertentu. Individu juga boleh menzahirkan sikap sebenar melalui tingkah laku mereka atau boleh berselindung di sebalik tingkah laku atas tujuan tertentu. Namun, dalam keadaan biasa, atau dalam rutin harian seperti di tempat kerja, tingkah laku yang ditonjolkan samada secara sedar atau tidak berpunca dari sikap individu berkenaan (Olufemi, 2012). PEMBENTUKAN SIKAP DAN PERKAITAN DENGAN TINGKAH LAKU Sikap boleh dibentuk dan berubah mengikut masa dan maklumat yang diperoleh. Terdapat lima faktor yang boleh membentuk atau mengubah sikap seseorang iaitu melalui pembelajaran ( learning ), pelaziman ( conditioning ), pemerhatian ( observatio n), pengalaman ( experience ) dan pengaruh sosial ( social influence ) (Miller & Dollard, 2019). Sikap boleh dibentuk melalui pembelajaran dan pelaziman terhadap sesuatu objek dan situasi melalui kaedah pengukuhan ( reinforcement ) dan pemberian hukuman ( punishment ). Sebagai contoh, seorang kanak- kanak diajar untuk mengucapkan terima kasih apabila menerima hadiah dan kemudiannya diberi pujian atas tingkah laku mengucapkan terima kasih berkenaan. Kanak-kanak yang sama dimarahi ibunya kerana tidak mengucapkan terima kasih apabila menerima sesuatu. Apabila proses ini berulang, kanak-kanak tersebut akan berasa seronok dan gembira apabila dipuji dan sedih atau takut bila dimarahi. Proses berulang inilah yang membentuk memori dan tindakan yang memberikan emosi gembira atau sedih yang bersesuaian (Staddon & Cerutti, 2003).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy