Sejahtera Milik Kita

PENGURUSAN SIKAP DAN TINGKAH LAKU PEGAWAI Fatimah Hanum Mohamad Hajari, Phd PENDAHULUAN Sikap dan tingkah laku pekerja merupakan antara faktor penting dalam menentukan prestasi sesebuah organisasi. Sikap positif diiringi tingkah laku yang baik menghasilkan kerja yang cekap, mengurangkan stres, meningkatkan produktiviti dan kepuasan hati pelanggan. Sebaliknya, sikap dan tingkah laku negatif boleh meningkatkan stres, merendahkan moral, mengganggu hubungan, mengurangkan produktiviti dan meningkatkan kadar pusing ganti ( turnover rate ) di tempat kerja (Harrison, et al., 2006; Podsakoff, et al., 2014). DEFINISI SIKAP DAN TINGKAH LAKU Sikap merupakan terjemahan emosi, kepercayaan, dan tingkah laku terhadap sesuatu isu, manusia, objek, atau situasi (Ajzen, 2001). Sikap boleh berbentuk positif atau negatif dan dipengaruhi oleh persekitaran, pengalaman, dan pengetahuan individu. Terdapat tiga komponen sikap iaitu afektif, kognitif, dan tingkah laku. Komponen afektif berkait rapat dengan emosi dan perasaan terhadap sesuatu objek, isu, atau situasi. Komponen kognitif merujuk kepada pemikiran atau kepercayaan terhadap sesuatu, manakala komponen tingkah laku berkaitan dengan bagaimana sikap mempengaruhi tindakan seseorang (Ajzen, 1991).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy