Sejahtera Milik Kita
7 sebaliknya. Sebaik mana pun perkhidmatan yang diberikan tetapi jika tidak disampaikan oleh penjawat yang berjiwa murni, ia tetap akan dipersepsikan sebagai gagal memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sama seperti kenderaaan tadi. Walaupun rekacipta bentuk dan geometrinya ditambah dengan aerodinamik menawan dan tersergam indah, akhirnya kualiti dan keupayaan enjinnyalah yang menjadi penentu baik atau tidak kenderaan tadi. Dengan itu, amat penting untuk setiap pegawai perkhidmatan awam mendakap erat dan mengamali HEMAT agar segala hasrat yang diharapkan oleh pelanggan atau rakyat dapat kita santuni dengan baik. Selain itu, pengamalan HEMAT juga dapat mempertingkatkan produktiviti dan memperteguhkan integriti. Seterusnya dapat memprojekkan imej cemerlang perkhidmatan awam dalam menjuarai perjalanan maslahat negara. Maka dengan itu benarlah kata-kata ‘Perkhidmatan Awam tiang seri negara’. Apabila semua itu berjaya kita garap dan genggam erat, pastinya ‘Sejahtera menjadi milik kita’. RUJUKAN Astro Awani. (2024). Penjawat Awam Perlu Pikul Amanah, Kepercayaan Berdasarkan Nilai H.E.M.A.T. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penjawat-awam- perlu-pikul-amanah-kepercayaanberdasarkan-nilai-hemt-kppa- 472563 Berita Harian. (2024). Penjawat awam perlu pegang nilai H.E.M.A.T. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/02/1215253/ penjawatawam-perlu-pegang-nilai-hemat-kppa Kamus Dewan ( Fourth Edition ). (2022). Dewan Bahasa dan Pustaka. Sabitha Marican. (2005). Membentuk Suasana Kerja Positif: Aspek Hubungan Manusia dan Persekitaran Sosial. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy