Sejahtera Milik Kita

4 diri yang asal ada perlu dihijrahkan kepada pematuhan disiplin yang tinggi. Mengambil berat tentang waktu bekerja dan melaksanakan kerja bukan sahaja asal ketik perakam waktu tetapi berada ditempat yang bukan berkaitan kerja. Semua rutin-rutin yang belum cemerlang itu wajib dihijrahkan agar mencapai tahap cemerlang. Kerana memahami bahawa semua itu akan dipersoalkan nanti dan ianya perlu dipertanggungjawabkan. Selain itu, penjawat awam juga perlu sentiasa mendengar dan memahami permasalahan rakyat, prihatin dan menyayangi rakyat, serta menumpukan kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif yang dapat memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Empati rakyat memerlukan semua penjawat awam untuk prihatin dengan keperluan rakyat. Denyut hasrat dan keperluan rakyat perlu dicaknai agar mereka dapat merasai ketulenan perkhidmatan yang diberi. Bagi tujuan tersebut, setiap jiwa penjawat awam mesti sentiasa menanam benih manfaat setiap hari yang mendatang. Setiap kita harus memahat iltizam untuk memberi manfaat kepada orang lain dan menjadikan diri boleh dimanfaatkan oleh orang yang memerlukan. Dengan itu, usaha untuk memperbaiki diri dengan berlumba-lumba mencapai hasrat memberi manfaat kepada orang lain akan membuahkan hasil produktiviti yang lebih baik, tidak mudah untuk hanyut integriti dan mencapai keseronokan dalam memberikan perkhidmatan. Namun dalam usaha untuk berhijrah dan memberi manfaat kepada orang lain, penjawat awam perlu sentiasa bersikap cermat dalam membelanjakan dana awam, kreatif dan inovatif dalam memanfaatkan sumber-sumber sedia ada, mempunyai minda value for money , serta menjalankan tugas secara kerjasama strategik antara organisasi. Perkara sekecil menutup lampu bilik apabila keluar mampu untuk melatih diri untuk memiliki Minda Pekin. Apatah lagi dengan pelbagai kemudahan lain yang sememangnya tersedia untuk membolehkan perkhidmatan disampaikan ditahap terbaik.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy