Sejahtera Milik Kita
3 diamanahkan, sebagai panduan dalam menyampaikan perkhidmatan bermutu kepada rakyat. Nilai ini diharapkan dapat menjadi panduan dan pegangan bagi penjawat awam dalam melaksanakan tugas mereka dengan lebih efisien dan berkesan. Jika nilai H.E.M.A.T dilaksanakan maka pemasalahan yang dihadapi rakyat dapat ditangani dengan sebaik mungkin dan nilai ini lama kelamaan menjadi satu budaya dalam perkhidmatan awam. Pelaksanaan nilai H.E.M.A.T adalah penting dalam memastikan tiada lagi rungutan dan tohmahan daripada rakyat mengenai ketidakpuasan terhadap perkhidmatan awam seperti penjawat awam tidak melaksanakan tugas dengan baik, tidak menyelami kehendak rakyat, tidak menyelami denyut nadi rakyat dan sebagainya. Nilai H.E.M.A.T juga sejajar dengan dasar Malaysia MADANI yang sentiasa mendengar dan memahami permasalahan rakyat, serta mengutamakan pelaksanaan pelbagai inisiatif yang memberikan kesejahteraan kepada rakyat. H.E.M.A.T Merujuk kepada Rajah 1, H.E.M.A.T adalah akronim kepada Hijrah Tatakelola, Empati Rakyat, Minda Pekin, Apresiasi Inovasi dan Telus Tadbiran. Hijrah Tatakelola mengkehendaki penjawat awam untuk sentiasa berani berhijrah menerusi kepekaan dengan tuntutan perubahan semasa, menjalankan tugas dengan rapi, cekap dalam pelaksanaan tugas dan mengamalkan komunikasi secara efisien. Dalam konteks individu, hijrah tatakelola turut membawa maksud bahawa setiap diri perlu untuk memperkuatkan tekad bagi memperbaiki rutin harian agar menjadi lebih baik. Contohnya, sikap sambil lewa perlu dihijrahkan kepada sikap cakna dan peduli. Disiplin
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy