Sejahtera Milik Kita

Lanjutan itu juga, Perkhidmatan awam amat memerlukan budaya Apresiasi Inovasi, yang perlu sentiasa menyokong dan menghargai perkembangan idea baharu bagi memperkasakan perkhidmatan, meneroka pelbagai inisiatif baharu yang bersesuaian dengan kehendak semasa dan berusaha untuk memartabatkan inisiatif digital baharu yang efisien (Wan Dahlan, 2024). Inovasi adalah penambahbaikan kepada apa sahaja perkara yang kita lakukan dalam kehidupan. Dalam konteks pekerjaan, ia boleh merupakan penambahbaikan kepada proses kerja, sistem, produk, model perkhidmatan, perkhidmatan, teknologi dan sebagainya. Asasnya adalah untuk membolehkan penambahbaikan yang meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disampaikan. Walau apa pun usaha penambahbaikan yang diambil, ianya perlu kepada pengiktirafan agar semua perkara baik yang dicadangkan melalui inovasi itu dapat dibudayakan dan memperkukuhkan usaha baik yang telah diambil. Manakala, Telus Tadbiran memerlukan penjawat awam berusaha untuk menyematkan nilai integriti dalam menjalankan tugas seharian, sentiasa membudayakan amalan semak dan imbang bagi melancarkan pelaksanaan tugas dan meraikan pandangan luar yang dapat memantapkan lagi kualiti kerja yang dijalankan. Ketelusan juga akan mengurangkan salah faham, buruk sangka, adu domba dan lain-lain persepsi buruk kerana semua mengambil maklum berhubung sesuatu perkara yang diperbincangkan. Contohnya, mereka yang diberikan laluan pantas di kaunter. Perlu diperjelaskan apa kriteria yang membolehkan seseorang mendapat laluan pantas misalnya warga emas, orang kelainan upaya dan sebagainya. 5

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy