Sejahtera Milik Kita
102 familiarisasi terhadap urusan dalam talian. Kedua, penjawat awam perlu menguasai kemahiran untuk menavigasi maklumat melalui platform digital, laman web, dan perisian dengan berkesan. Penguasaan kemahiran ini sangat membantu membolehkan perkhidmatan awam dicapai dengan lebih cekap dan tuntas. Ketiga, setelah prinsip pertama dan kedua dikuasai, penjawat awam perlu mempunyai kemampuan untuk menilai secara kritis berkenaan kebolehpercayaan dan ketepatan maklumat yang ditemui dalam talian. Hal ini dapat menjamin kesahihah dan ketepatan maklumat yang dikongsikan dengan masyarakat sekaligus meningkatkan integriti dan mutu perkhidmatan. Keempat adalah berkaitan kemahiran untuk berkomunikasi dan bekerjasama dengan berkesan menggunakan platform digital yang pelbagai. Penguasaan kemahiran mengguna dan mengintegrasi perkongsian maklumat antara platform digital dapat memperluaskan capaian perkhidmatan kepada segenap lapisan masyarakat dan generasi. Walaupun kesemua syarat asas persediaan bagi proses pendigitalan perkhidmatan disediakan, namun para penjawat awam masih berdepan dengan cabaran mencapai literasi digital seperti yang dihasratkan. Faktor yang menjadi cabaran kepada penjawat awam dalam menguasai teknologi digital dalam penyampaian perkhidmatan awam adalah kesedaran tentang kepentingan literasi digital dalam melaksanakan tugas harian mereka. Kesediaan untuk menerima dan melaksanakan perubahan daripada sistem manual kepada digital boleh menjadi kunci kejayaan kepada penguasaan kemahiran bekerja secara digital. Mereka mungkin tidak menyedari bahawa kemahiran digital yang baik dapat meningkatkan kecekapan kerja dan menyumbang kepada pembangunan profesional. Selain itu, perubahan teknologi yang cepat memerlukan penjawat awam melakukan pembaharuan berkala dalam kemahiran digital bagi memastikan mereka mengikuti perkembangan terkini dalam teknologi dan menjadi alat bantu berkaitan tugas mereka. Wujud segelintir penjawat awam yang tidak menguasai kemahiran teknikal yang mencukupi untuk menggunakan alat digital dan platform secara efektif. Ini termasuk penggunaan perisian berbentuk produktiviti
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy