Sejahtera Milik Kita

CABARAN LITERASI DIGITAL Nurul Farhana Abdullah PENGENALAN Pendigitalan merupakan proses mengubah informasi analog menjadi format digital. Ini sering kali terjadi dalam berbagai konteks, termasuk dalam rakaman audio, gambar, video atau data-data lain. Pendigitalan berpotensi untuk mempercepatkan proses dalam penyampaian perkhidmatan. Perubahan cara kerja ini menuntut kesediaan diri penjawat awam selaku pemberi perkhidmatan. Dasar pendigitalan perkhidmatan awam tidak akan dapat direalisasikan sekiranya para penjawat awam tidak mencapai tahap literasi digital seperti yang ditetapkan. Pemahaman dan penghayatan yang jitu terhadap dasar kerajaan berkaitan pendigitalan seperti Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025 yang menggariskan hala tuju strategik pelaksanaan pendigitalan Sektor Awam untuk tempoh lima tahun menjadi panduan kepada agensi Sektor Awam bagi memacu agenda kerajaan digital yang mampan ke arah membentuk masyarakat digital. ASAS KEBOLEHLAKSANAAN LITERASI DIGITAL DAN CABARAN Terdapat empat asas utama yang menyokong kepada literasi digital iaitu kebolehcapaian ( access ), mengemudi ( navigate ), menilai ( evaluate ) dan komunikasi ( communicate ). Asas pertama, merujuk kepada kemampuan untuk mengakses peranti digital (seperti komputer, tablet, telefon pintar) dan sambungan internet. Penyediaan infrastruktur digital yang lengkap mempercepatkan proses pendigitalan terutama dari sudut pemahaman asas dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy