Sejahtera Milik Kita
103 seperti Microsoft Office, aplikasi e-mel dan sistem pengurusan maklumat yang digunakan dalam penugasan harian. Sebelum era milenium, kaedah penyampaian perkhidmatan kerajaan umumnya menggunakan kaedah manual. Transisi kaedah manual kepada digital memerlukan proses pengintegrasian dengan sistem sedia ada. Penjawat awam mungkin menghadapi cabaran dalam mengintegrasikan kemahiran digital dengan sistem dan proses sedia ada dalam organisasi mereka. Ini mungkin melibatkan penyesuaian kepada prosedur dan amalan yang telah lama diamalkan. KESELAMATAN DATA Antara isu utama dan amat perlu difahami dan dititikberatkan oleh penjawat awam berkenaan pendigitalan perkhidmatan adalah berkenaan isu keselamatan dan privasi data. Penjawat awam perlu faham tentang keselamatan digital dan pentingnya melindungi data sensitif dan maklumat peribadi. Mereka mungkin perlu diberikan latihan khusus tentang bagaimana mengenal pasti ancaman siber dan melindungi maklumat yang mereka akses atau urus. Kurangnya akses kepada sumber data dan peluang pembangunan diri berkaitan dengan literasi digital juga boleh menjadi cabaran. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan peluang latihan, peralatan yang tidak sesuai dan mencukupi, atau sokongan yang kurang dari organisasi mereka. Pembangunan dan akses kepada sumber perlulah diperkasa agar risiko keciciran dalam arus pendigitalan dapat dikurangkan. Bagi mengatasi cabaran-cabaran ini, pihak pengurusan sumber manusia boleh menyediakan program latihan dan pembangunan yang sesuai, menyediakan akses kepada sumber daya pembelajaran dalam talian, dan memperkenalkan dasar-dasar yang menyokong penggunaan teknologi dalam tugas harian. Selain itu, kerjasama antara sektor awam dan swasta juga boleh membantu meningkatkan literasi digital dalam kalangan penjawat awam.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy