Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.1

71 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.1 3.2.3 Kawasan Penghantaran dan Pemunggahan i. Tanggungjawab Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a) mempunyai akses terhad kepada kawasan penghantaran dan pemunggahan oleh Pihak Berkepentingan; b) memastikan Pihak Berkepentingan tidak dibenarkan masuk ke lokasi lain tanpa kebenaran; c) memastikan kawasan penghantaran dan pemunggahan atau tempat lain dikawal semasa proses penghantaran dan pemunggahan; d) memeriksa dan memastikan barang yang dihantar tidak mengandungi bahan letupan atau bahan berbahaya yang lain; e) semua penghantaran barang perlu didaftar mengikut prosedur pengurusan aset; dan f) memastikan barang yang diterima tidak diubah suai tanpa kebenaran. ICTSO i. Pengurus ICT ii. Pentadbir Bangunan 3.3 Keselamatan Pejabat, Bilik dan Kemudahan Objektif Memastikan keselamatan dan perlindungan daripada sebarang bentuk pencerobohan, ancaman, kerosakan, kecuaian serta akses yang tidak dibenarkan. Kawalan Pejabat, Bilik dan Kemudahan Tanggungjawab Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a) memastikan kawasan larangan dihadkan daripada akses tanpa kebenaran; dan b) memastikan maklumat perhubungan dan penunjuk ke lokasi bilik operasi atau kawasan larangan tidak didedahkan atau hanya memberi petunjuk yang minimum. ICTSO Pengurus ICT Warga JPA 3.4 Pemantauan Keselamatan Fizikal Objektif Memantau dan memastikan keselamatan fizikal dikawal. Pemantauan Terhadap Premis Fizikal Tanggungjawab Pemantauan kepada bangunan yang menempatkan sistem kritikal perlu dipantau dengan cara berikut: a) memasang dan memantau sistem kamera litar tertutup (CCTV) di dalam dan luar bangunan JPA; Pengurus ICT Pentadbir Bangunan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy