Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.1

72 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.1 b) mengehadkan akses berdasarkan peranan dan tanggungjawab individu melalui Sistem Pengurusan Kad Akses dan/atau Biometrik; c) memastikan pemasangan penggera yang merangkumi semua pintu yang boleh akses masuk ke kawasan larangan; dan d) reka bentuk sistem pemantauan tidak boleh didedahkan tanpa kebenaran untuk mengelakkan kebocoran maklumat dan di pecah masuk. 3.5 Perlindungan Terhadap Ancaman Fizikal dan Bencana Alam Objektif Memastikan infrastruktur yang direka bentuk dilindungi daripada ancaman fizikal dan bencana alam. Perlindungan Terhadap Ancaman Fizikal dan Bencana Alam Tanggungjawab Penilaian risiko ke atas ancaman fizikal dan bencana alam perlu dijalankan secara berkala. Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a) mereka bentuk dan melaksanakan pelan perlindungan fizikal daripada kebakaran dan bencana alam; b) memastikan pelan tindakan perlindungan bagi ancaman berbahaya seperti letupan, kacau-bilau, rusuhan dan sebagainya; dan c) pelan tindakan perlindungan perlu merangkumi kawalan seperti bencana alam, kebakaran, gangguan bekalan elektrik dan letupan. Pengurus ICT Pentadbir Bangunan 3.6 Bekerja di Kawasan Larangan dan Tempat Larangan Objektif Memastikan maklumat dan aset ICT berada di kawasan yang selamat daripada gangguan atau kerosakan daripada ancaman, kelemahan dan risiko seperti pencerobohan, kebakaran dan bencana alam. Keselamatan bekerja di kawasan larangan dan Tempat Larangan Tanggungjawab Langkah-langkah kawalan keselamatan bekerja di kawasan larangan dan tempat larangan hendaklah dirangka dan dilaksanakan. Kawasan larangan dan tempat larangan ditakrifkan sebagai kawasan yang dihadkan kemasukan daripada pihak yang dibenarkan sahaja. Kompleks Pejabat Kerajaan, Kompleks C telah i. Pengurus ICT ii. Warga JPA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy