Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.1

70 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.1 a) mengehadkan akses masuk ke kawasan yang berkaitan kepada kakitangan yang dibenarkan sahaja berdasarkan kelulusan; b) menyediakan dan menyemak buku log audit trail akses ke pusat data secara berkala; c) menggunakan Sistem Pengurusan Kad Akses dan/ atau Biometrik untuk kemasukan fizikal ke kawasan penyimpanan maklumat atau kawasan larangan; d) menyediakan kawasan menunggu atau penerimaan yang boleh dipantau oleh pegawai bertanggungjawab JPA; e) setiap warga JPA hendaklah mempamerkan pas keselamatan sepanjang waktu bertugas. Semua pas keselamatan hendaklah dikembalikan kepada jabatan apabila bertukar, tamat perkhidmatan atau bersara; f) setiap pelawat hendaklah mendaftar dan mendapatkan pas keselamatan pelawat di kaunter keselamatan dan hendaklah dikembalikan selepas tamat lawatan; g) memberikan akses yang terhad dan pemantauan kepada kakitangan Pihak Berkepentingan ke kawasan pemprosesan maklumat atau kawasan larangan apabila diperlukan sahaja; dan h) memastikan keselamatan akses ke atas peralatan JPA yang ditempatkan di lokasi berkongsi dengan agensi lain. Pentadbir Bangunan Pihak Berkepentingan Warga JPA 3.2.2 Kawalan Keselamatan Pelawat Tanggungjawab Perkara berikut perlu dipatuhi: a) setiap pelawat mestilah mendaftar dan mendapatkan pas pelawat di pintu masuk utama; b) mengesahkan identiti pelawat, memaparkan pas pelawat sepanjang di premis dan mengembalikan pas pelawat selepas selesai urusan; c) merekodkan maklumat keluar dan masuk pelawat; d) hanya memberikan kebenaran akses kepada kawasan yang diperlukan sahaja; e) pelawat perlu diiringi oleh warga JPA di kawasan yang berkaitan; dan f) kehilangan pas keselamatan mestilah dilaporkan dengan segera kepada pegawai keselamatan JPA. ICTSO Pengurus ICT Pentadbir Bangunan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy