Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.1

69 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.1 3.1 Perimeter Keselamatan Fizikal Objektif Memastikan kawalan keselamatan fizikal berkaitan maklumat, premis dan kemudahan ICT. Keselamatan Fizikal Tanggungjawab Keselamatan fizikal adalah bertujuan untuk menghalang, mengesan dan mencegah cubaan untuk menceroboh premis. Langkah-langkah keselamatan fizikal adalah seperti yang berikut: a) menggunakan keselamatan perimeter (halangan seperti dinding, pagar, kawalan, pengawal keselamatan) untuk melindungi kawasan yang mengandungi maklumat dan kemudahan pemprosesan maklumat; b) melindungi kawasan terhad melalui kawalan pintu masuk yang bersesuaian bagi memastikan kakitangan yang diberi kebenaran sahaja boleh melalui pintu masuk tersebut; c) mereka bentuk dan melaksanakan keselamatan fizikal di dalam pejabat, bilik dan kemudahan fasiliti; d) mereka bentuk dan melaksanakan perlindungan fizikal daripada kebakaran, banjir, letupan, kacau-bilau manusia dan sebarang bencana alam atau perbuatan manusia; e) melaksanakan perlindungan fizikal dan menyediakan garis panduan untuk kakitangan yang bekerja di dalam kawasan terhad; f) memastikan kawasan-kawasan penghantaran dan pemunggahan dan juga tempat-tempat lain dikawal dari pihak yang tidak diberi kebenaran memasukinya; g) memasang dan memantau kefungsian alat penggera atau CCTV; dan h) kawalan keselamatan fizikal hendaklah merujuk kepada Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017); Pentadbir Bangunan Pengurus ICT Warga JPA 3.2 Kawalan Kemasukan Fizikal Objektif Melaksanakan kawalan akses masuk kepada maklumat, premis dan kemudahan ICT. 3.2.1 Kawalan Akses Masuk Fizikal Tanggungjawab Kawalan keluar masuk ke premis JPA seperti kawasan penghantaran, pemunggahan dan kawasan larangan perlu mematuhi perkara yang berikut: ICTSO Pengurus ICT

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy