Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.1

64 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.1 digunakan dengan cara yang betul demi menjamin kepentingan keselamatan maklumat. 2.4 Proses Tatatertib Objektif Memastikan kakitangan dan Pihak Berkepentingan memahami kesan pelanggaran ke atas keselamatan maklumat mengikut undang-undang atau peraturan lain-lain yang sedang berkuat kuasa. Tindakan Pelanggaran Undang-undang dan Peraturan Tanggungjawab Tindakan boleh dikenakan ke atas kakitangan dan Pihak Berkepentingan yang tidak mematuhi keselamatan maklumat. Langkah-langkah yang perlu diambil adalah: a) memastikan adanya proses tindakan perundangan ke atas Pihak Luaran sekiranya berlaku pelanggaran terhadap Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88); dan b) memastikan adanya proses tindakan tatatertib ke atas warga JPA sekiranya berlaku pelanggaran terhadap Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993], dasar-dasar Kerajaan, undang-undang serta peraturan yang berkuatkuasa. Pengurus ICT Ketua Integriti Penasihat Undang-Undang 2.5 Tanggungjawab Selepas Pertukaran, Perubahan Peranan atau Penamatan Kerja Objektif Melindungi kepentingan jabatan semasa proses pertukaran, perubahan peranan atau penamatan warga JPA. Pertukaran, Perubahan Peranan atau Penamatan Kerja Tanggungjawab Peranan dan tanggungjawab berkaitan keselamatan maklumat yang masih sah selepas penamatan atau pertukaran perjawatan hendaklah ditentukan, dikuat kuasa dan disampaikan kepada warga JPA dan semua pihak yang terlibat. Semua warga JPA dan pembekal serta pihak yang terlibat dengan perkhidmatan ICT yang telah tamat peranan, bertukar atau tamat perkhidmatan perlu mematuhi perkara-perkara berikut: i.ICTSO Pengurus ICT ii.Pihak Berkepentingan iii.Warga JPA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy