Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.1

63 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.1 jabatan yang terlibat dalam menjamin keselamatan aset ICT; dan b) mematuhi semua terma dan syarat perkhidmatan yang ditawarkan dan peraturan semasa yang berkuat kuasa berdasarkan perjanjian yang ditetapkan. 2.3 Program Kesedaran, Pendidikan dan Latihan Berkaitan Keselamatan Maklumat Objektif Memastikan Warga JPA dan Pihak Berkepentingan mengambil maklum dan jelas berkaitan tanggungjawab ke atas keselamatan maklumat. 2.3.1 Program Kesedaran Keselamatan Maklumat Tanggungjawab Warga jabatan, pembekal, pakar runding dan pihak yang mempunyai urusan dengan perkhidmatan ICT jabatan perlu diberikan kesedaran, pendidikan dan latihan sewajarnya mengenai PKS JPA, sistem pengurusan keselamatan maklumat dan latihan teknikal yang berkaitan dengan produk/ fungsi/ aplikasi/ sistem keselamatan. Perkara-perkara yang perlu dipatuhi ialah seperti yang berikut: a) memastikan kesedaran, pendidikan dan latihan diberikan secara berterusan dalam melaksanakan tugas-tugas tanggungjawab mereka; b) memastikan kesedaran yang berkaitan polisi keselamatan siber jabatan perlu diberi dari masa ke semasa; dan c) memantapkan pengetahuan berkaitan dengan keselamatan maklumat bagi memastikan setiap kemudahan ICT digunakan cara dan kaedah yang betul demi menjamin kepentingan keselamatan maklumat. ICTSO Pengurus ICT Pihak Berkepentingan Warga JPA 2.3.2 Program Latihan dan Pendidikan berkaitan Keselamatan Maklumat Tanggungjawab Perkara-perkara berikut hendaklah diberi perhatian: a) memastikan kesedaran, pendidikan dan latihan diberi secara berterusan dalam melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab mereka; b) memastikan kesedaran yang berkaitan polisi keselamatan siber jabatan perlu diberi dari masa ke semasa; dan c) memantapkan pengetahuan berkaitan dengan keselamatan maklumat bagi memastikan setiap kemudahan ICT Pengurus ICT

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy