Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.1

65 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.1 a) memastikan semua aset maklumat milik JPA atau Kerajaan dikembalikan kepada JPA mengikut peraturan dan/ atau terma perkhidmatan yang ditetapkan; b) membatalkan atau menarik balik semua kebenaran capaian ke atas maklumat dan kemudahan proses maklumat mengikut peraturan dan/ atau terma perkhidmatan yang ditetapkan; c) maklumat rasmi dalam aset maklumat tidak dibenarkan dibawa keluar dari JPA; dan d) menyediakan dan menyerahkan nota serah tugas kepada penyelia yang berkaitan. 2.6 Perjanjian Kerahsiaan atau Ketakdedahan (Non-Disclosure Agreement) Objektif Memastikan kerahsiaan maklumat yang boleh diakses oleh warga JPA atau Pihak Berkepentingan dikenalpasti, didokumenkan, disemak secara berkala dan ditandatangani. Perjanjian Kerahsiaan atau Ketakdedahan (Non-Disclosure Agreement) Tanggungjawab Perjanjian kerahsiaan perlu melindungi maklumat berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa terhadap pihak yang berkepentingan dan warga JPA. Kandungan Non-Disclosure Agreement yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a) definisi maklumat yang perlu dilindungi; b) tempoh perjanjian kerahsiaan; c) tindakan selepas penamatan perjanjian; d) pengesahan ke atas peminjaman atau akses maklumat perlu dilaksanakan bagi mencegah kebocoran maklumat; e) pemilikan maklumat, kerahsiaan dan harta intelek yang berkaitan dengan perlindungan kerahsiaan maklumat; f) kebenaran untuk menggunakan maklumat rahsia rasmi; g) hak untuk mengaudit dan memantau aktiviti yang melibatkan maklumat rahsia rasmi; h) proses pemakluman dan pelaporan kebocoran atau pendedahan maklumat; i) syarat pemulangan atau penghapusan maklumat selepas perjanjian tamat; dan j) tindakan undang-undang sekiranya perjanjian tidak dipatuhi. ICTSO Pengurus ICT Penasihat Undang-Undang Pihak Berkepentingan Warga JPA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy