Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.1
127 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.1 BIL. ISTILAH PENERANGAN 59. Pengkomputeran Awan Perkhidmatan penghantaran sumber pengkomputeran termasuk pelayan, storan, pangkalan data, rangkaian, perisian, analitik dan kecerdasan melalui Internet (“awan”). 60. Pengurus ICT Pegawai yang mengetuai organisasi ICT di Jabatan/ Bahagian/ Unit berkaitan ICT. 61. Pengurus Projek Individu yang bertanggungjawab untuk merancang dan menguruskan projek dengan baik supaya projek dapat disiapkan mengikut kos, tempoh masa dan kualiti yang telah ditetapkan. 62. Pentadbir Bangunan Individu atau entiti yang bertanggungjawab mengurus, menyelenggara, dan mengawasi operasi harian di bangunan JPA. 63. Pentadbir ICT Individu atau kumpulan teknikal yang bertanggungjawab mentadbir, mengurus dan menyenggara merangkumi fungsi dan peranan seperti berikut: 1. Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan; 2. Pentadbir Pangkalan Data; 3. Pentadbir Portal (Web Master); 4. Pentadbir Pusat Data; 5. Pentadbir Sistem Aplikasi; 6. Pentadbir E-mel; 7. Pentadbir Media Sosial JPA; dan 8. Pegawai/Pentadbir Aset ICT. 64. PTB Pegawai Tadbir Bahagian 65. Penyelaras ICT Bahagian Pegawai Penyelaras ICT merupakan pegawai yang mahir dan berkelayakan mengenai bidang ICT dan dilantik oleh Pengarah Bahagian. Peranan dan tanggungjawab: 1. Perolehan Aset; 2. Penerimaan Aset; 3. Pendaftaran Aset; 4. Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan; 5. Penyelenggaraan; 6. Pelupusan; dan 7. Penyelenggaraan Sistem Aplikasi Teras. 66. Peralatan ICT Merujuk kepada semua jenis perkakasan seperti komputer peribadi, komputer riba, pencetak, media storan, pelayan, firewall, peralatan multimedia dan komunikasi.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy