Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.1
128 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.1 BIL. ISTILAH PENERANGAN 67. Peralatan Sokongan ICT Peralatan yang menyokong penggunaan peralatan ICT bagi memastikan kelancaran ICT contohnya projektor, layar, kabel, speaker dan mikrofon. 68. Perisian Program atau atur cara komputer yang dapat digunakan dengan sistem komputer tertentu. 69. Perisian Aplikasi Ia merujuk pada perisian atau pakej yang selalu digunakan seperti spreadsheet dan word processing ataupun sistem aplikasi yang dibangunkan oleh sesebuah organisasi atau jabatan. 70. Perisian hasad Perisian hasad ( malware atau malicious software ) merujuk kepada pelbagai jenis perisian berniat jahat yang direka untuk mengganggu, merosakkan, atau mendapatkan akses tidak sah kepada sistem komputer dan data. 71. Pihak Berkepentingan Pihak Berkepentingan (external parties) terdiri daripada pembekal, perunding, syarikat atau kumpulan syarikat: i. yang dilantik untuk memperbaharui, membekal, menghantar, memasang, mentauliah, membangun, menguji dan menyelenggara perkakasan/ perisian di JPA; dan/ atau ii. yang terlibat dalam pengurusan, pengoperasian, penggunaan atau capaian kepada aset dan perkhidmatan ICT Jabatan. 72. Pihak Bebas Pihak bebas merujuk kepada individu, organisasi atau badan yang tidak mempunyai kepentingan, pengaruh atau hubungan langsung dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam sesuatu urusan, keputusan atau konflik. 73. PKI Public-Key Infrastructure Infrastruktur Kunci Awam 74. PKP Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan 75. PSM Pengurusan Sumber Manusia 76. Pusat Data JPA Pusat Data JPA merangkumi dua (2) pengurusan pusat data utama iaitu Pusat Data JPA (BDTM) dan Pusat Data INTAN. 77. Rahsia Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan membahayakan keselamatan negara, menyebabkan kerosakan besar kepada kepentingan dan martabat
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy