Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.1
126 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.1 BIL. ISTILAH PENERANGAN 46. Malicious code Merujuk kepada sebarang kod, skrip, atau perintah yang direka untuk melakukan tindakan berbahaya, yang mungkin termasuk malware . 47. NACSA National Cyber Security Agency Agensi Keselamatan Siber Negara 48. Outsource Maklumat yang diproses dan diperoleh di luar daripada sesuatu organisasi atau struktur kerja. 49. Pegawai Pengelas Bertanggungjawab menguruskan dokumen rahsia rasmi Kerajaan dari segi pendaftaran, pengelasan, pengelasan semula dan pelupusan serta mematuhi peraturan yang sedang berkuat kuasa. 50. Pegawai Keselamatan Memastikan keselamatan perlindungan di jabatan terjamin sepanjang masa. 51. Pegawai Rekod Jabatan Memastikan pelabelan maklumat dilaksanakan bagi memudahkan pengurusan penyimpanan maklumat. 52. Pembangun Sistem Individu atau kumpulan teknikal atau Pihak Berkepentingan yang bertanggungjawab dalam membangunkan sistem aplikasi berdasarkan spesifikasi keperluan sistem yang ditetapkan oleh pemohon/ pemilik proses. 53. Pembekal Pembekal barangan atau penyedia perkhidmatan. 54. Pemilik Aset Pegawai yang didaftarkan sebagai pemilik aset dan dipertanggungjawabkan ke atas aset tersebut. 55. Pemilik Pegawai yang didaftarkan sebagai pemilik aset dan dipertanggungjawabkan ke atas aset tersebut. 56. Pemilik Projek Individu yang bertanggungjawab terhadap hampir keseluruhan proses kerja projek tersebut. Pemilik projek memainkan peranan utama menentukan keperluan, spesifikasi dan ciri-ciri serahan (produk atau perkhidmatan) yang akan dihasilkan oleh projek tersebut. 57. Pemilik Proses Individu yang bertanggungjawab untuk menentukan keperluan bisnes dan mengesahkan sebarang perubahan yang diperlukan berkaitan dengan bisnes proses. 58. Pengguna Pengguna terdiri daripada warga JPA dan Pihak Berkepentingan yang terlibat dalam penggunaan atau capaian kepada aset dan perkhidmatan ICT JPA.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy