Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.1
125 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.1 BIL. ISTILAH PENERANGAN 32. Insiden Keselamatan Musibah ( adverse event ) yang berlaku ke atas sistem maklumat dan komunikasi atau ancaman kemungkinan berlaku kejadian tersebut. 33. INTAN Institut Tadbiran Awam Negara 34. Internet Sistem rangkaian seluruh dunia, di mana pengguna pada mana-mana komputer boleh membuat capaian maklumat daripada pelayan atau komputer lain. 35. Intranet Rangkaian dalaman yang dimiliki oleh sesebuah organisasi atau jabatan dan hanya boleh dicapai oleh kakitangan dan mereka yang diberi kebenaran sahaja. 36. IPR Intellectual Property Rights 37. ISMS Information Security Management Sistem 38. JPICT Jawatankuasa Pemandu ICT JPA 39. JTICT Jawatankuasa Teknikal ICT 40. Kawasan Larangan Kawasan larangan (Prohibited Area) adalah kawasan geografi atau zon yang lebih luas iaitu suatu kawasan yang ditetapkan oleh undang-undang (Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 - Akta 298 di Malaysia) di mana orang awam tidak dibenarkan masuk atau berada di dalamnya, selalunya untuk tujuan keselamatan negara, ketenteraan, atau melindungi sumber penting, dan sesiapa yang berada di sana mesti mematuhi arahan pihak berkuasa. 41. Kerja Jarak Jauh Pengaturan kerja yang membolehkan pegawai atau kakitangan melaksanakan tugas rasmi di luar premis JPA 42. Klon Merujuk kepada salinan yang tepat dan lengkap dari sistem, perisian, atau peranti, termasuk semua data dan konfigurasi yang ada. Klon biasanya digunakan untuk membuat usaha pemulihan yang lebih mendalam atau untuk membina persekitaran kerja yang identik. 43. Kriptografi Kaedah untuk menukar data dan maklumat biasa (piawaian format) kepada format yang tidak boleh difahami bagi melindungi penghantaran data dan maklumat. 44. LAN Local Area Network Rangkaian Kawasan Setempat yang menghubungkan komputer. 45. Log out Keluar daripada sesuatu sistem atau aplikasi komputer.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy