Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024

9 BAB 3 - DASAR PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA STRATEGIK SEKTOR AWAM 3.1 Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (DLSA) Dasar ini telah dikeluarkan oleh pihak JPA melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 . Lima (5) objektif utama DLSA adalah seperti berikut: i. Menyediakan anggota yang berkelayakan, berkebolehan dan berkompetensi; ii. Mencapai hasil kerja yang berkualiti/bermutu tinggi; iii. Meningkatkan kompetensi dan produktiviti; iv. Mewujudkan nilai cipta (value - creation) dan nilai tambah (value - added) dalam sektor awam; dan v. Menyediakan hala tuju kemajuan kerjaya. Selepas 18 tahun pelaksanaan DLSA, terdapat isu dan faktor yang mempengaruhi pencapaian objektif ini. Antara faktor yang signifikan yang dikenal pasti adalah peranan ILA di bawah Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) Kementerian/Jabatan. 3.2 MyPerformance Sistem pengurusan prestasi berasaskan fungsi Jabatan ini telah dilaksanakan kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana pada 1 Januari 2024 . Ia menggantikan sistem penilaian prestasi yang dilaksanakan sebelum ini melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2009 iaitu Modul Pengurusan Prestasi - LNPT HRMIS . Pelaksanaan sistem ini berdasarkan panduan dan modul yang ditetapkan seperti berikut: i. Panduan Pengurusan Prestasi Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana (MyPerformance); ii. Modul Pengurusan Prestasi - MyPerformance HRMIS; dan iii. Panduan Pembangunan Kamus Kompetensi Fungsian Perkhidmatan Awam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy