Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024

8 Rajah 7: Kepelbagaian ILA Berdasarkan Lapan (8) Aspek 2.2 Definisi ILA dalam Skop Kajian Memandangkan terdapat banyak ILA Persekutuan di seluruh negara yang telah diwujudkan, maka skop kajian akan menjurus kepada ILA yang menawarkan kursus generik dan fungsian kepada pegawai awam sahaja yang diambil kira. Ia tidak termasuk institut latihan pra-perkhidmatan (Institut Pendidikan Guru, Kolej Kesihatan Bersekutu), Institut Latihan Kemahiran Awam (Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Belia Negara), ILA di bawah Badan Berkanun serta Kerajaan Negeri dan ILA di bawah kendalian Angkatan Tentera Malaysia (ATM)/Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bidang khusus dan terperingkat. Selain itu, kajian juga tidak mengambil kira ILA yang hanya memberikan kursus kepada kumpulan sasaran peserta selain pegawai awam seperti Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Pusat Bimbingan Usahawan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy