Laporan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) 2024

7 BAB 2 - INSTITUT LATIHAN AWAM (ILA) 2.1 Definisi ILA ILA secara umumnya adalah institut yang melaksanakan program serta aktiviti pembangunan sumber manusia kepada kumpulan sasaran, termasuk pegawai awam, bukan pegawai awam, atau gabungan kedua-duanya, melalui kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang dimiliki serta dibiayai dengan peruntukan Kerajaan Persekutuan. Kategori kumpulan sasaran untuk ILA diperjelaskan melalui Rajah 6. Rajah 6: Perbandingan ILA Berdasarkan Kumpulan Sasaran Definisi ILA berdasarkan DLSA adalah merujuk kepada institusi-institusi latihan yang menjalankan kursus-kursus bagi anggota perkhidmatan awam. Kajian mencadangkan definisi khusus ILA adalah merujuk kepada institut Persekutuan yang ditubuhkan di bawah organisasi awam yang melaksanakan proses pemindahan ilmu pengetahuan bertujuan menambah Pengetahuan (Knowledge), Kemahiran (Skills) dan Sikap (Attitude) yang bersesuaian untuk memenuhi keperluan kompetensi anggota perkhidmatan awam melalui pelbagai kemudahan pembelajaran dan pengajaran. Hasil kajian menunjukkan bahawa ILA yang terlibat dalam pembangunan kompetensi pegawai awam melibatkan pelbagai aspek, yang boleh diringkaskan melalui lapan (8) aspek seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7 .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy