Kesejahteraan Sosial
78 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL kesediaan wanita untuk memimpin. Penyelarasan dasar sedia ada dan penyebaran maklumat secara meluas kepada komuniti adalah penting bagi membina sokongan sosial dan ekologi yang kondusif. Ini seterusnya dapat meningkatkan keyakinan diri ( self-efficacy ), harga diri ( self-esteem ), dan motivasi intrinsik wanita untuk melibatkan diri secara aktif dalam kepimpinan. Dari perspektif psikologi, pengukuhan peranan wanita sebagai pemimpin memerlukan persekitaran yang menyokong perkembangan identiti kepimpinan, mengurangkan halangan psikososial seperti stereotaip jantina dan bias implisit, serta menyediakan rangka sokongan emosi dan profesional. Kesediaan memperkasa pemimpin wanita dalam pendidikan tinggi adalah bergantung kepada usaha kolektif Kerajaan, institusi pengajian tinggi, dan masyarakat untuk membentuk persekitaran yang menggalakkan kesejahteraan psikologi dan pembangunan potensi individu secara menyeluruh. Melalui dasar yang progresif, program intervensi psikososial yang menyokong pembangunan kepimpinan wanita, serta perubahan budaya organisasi yang inklusif dan responsif, wanita akan lebih berdaya untuk menerajui sektor pendidikan tinggi. Usaha ini sejajar dengan pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari ( SDGs ), khususnya SDG 4 : Pendidikan Berkualiti dan SDG 5 : Kesaksamaan Gender, yang menekankan kepentingan persekitaran pembelajaran dan kepimpinan yang menyokong kesejahteraan emosi, akses saksama, dan potensi kepimpinan merentas gender. RUJUKAN Boston College Center for International Higher Education. (2019). Attainment and Inclusion in Higher Education: International Perspectives. http://www.jstor.org/stable/resrep49199 British Council. (2024). Status of Gender Equality in the Higher Education Sector – An East Asia Scoping Study. Buasuwan, P., & Niyamajan, R. (2019). The Glass Ceiling Facing Women Leaders in Thai Higher Education. Gender and the Changing Face of Higher Education in Asia Pacific, 213–230. Cahyati, D., Hariri, H., & Karwan, D. H. (2021). Women’s Leadership in Higher Education: Barriers and Opportunities in Indonesia. International Journal of Education Policy and Leadership, 17(9), n9.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy