Kesejahteraan Sosial
03 PEMERKASAAN KEPIMPINAN WANITA DALAM SEKTOR PENDIDIKAN TINGGI 77 pendidikan tinggi malah dapat memastikan kesejahteraan psikologi pemimpin wanita. Dalam usaha memperkasa wanita sebagai peneraju perubahan, aspek kesejahteraan psikologi harus diberi tempat yang sewajarnya dalam kerangka kepimpinan masa depan. Hanya melalui pelaburan dalam psikologi kepimpinan, Malaysia mampu melahirkan lebih ramai wanita pemimpin yang berwibawa, dan menyumbang kepada pembangunan negara. Berikut adalah infografik untuk menggambarkan cadangan dasar untuk pemimpin wanita di Malaysia. Rajah 1.0 : Pemerkasaan Kepimpinan Wanita Dalam Sektor Pendidikan Tinggi 6.0 PENUTUP Secara keseluruhannya, kertas dasar ini mengesyorkan agar Kerajaan memberikan penekanan yang lebih strategik terhadap pemerkasaan wanita dalam kepimpinan sektor pendidikan tinggi. Penekanan ini tidak hanya merangkumi aspek dasar dan institusi, tetapi juga perlu mengambil kira dimensi psikologi yang mempengaruhi kebolehan dan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy