Kesejahteraan Sosial
76 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL STRATEGI 3 Program Bimbingan dan Latihan Kesediaan untuk memperkasa pemimpin wanita dalam sektor pendidikan tinggi memerlukan sokongan strategik melalui program bimbingan dan latihan yang terarah. Syor dasar bagi program ini harus memberi tumpuan kepada usaha bersepadu untuk membangunkan kapasiti kepimpinan wanita, memperkukuh jaringan sokongan, dan memupuk keyakinan serta kecekapan yang diperlukan untuk memimpin dalam landskap pendidikan tinggi yang dinamik. Program bimbingan dan latihan memainkan peranan penting dalammenentukan kesediaan untuk memperkasa pemimpin wanita dalam sektor pendidikan tinggi. Melalui pendekatan ini, wanita bukan sahaja dibekalkan dengan kemahiran kepimpinan yang relevan tetapi juga mendapat sokongan moral dan strategi untuk mengatasi cabaran yang berkaitan dengan stereotaip gender dan halangan budaya. Program bimbingan menyediakan platform untuk perkongsian pengalaman, pengetahuan, dan panduan daripada pemimpin berpengalaman kepada generasi pemimpin wanita yang baharu. Ia membantu meningkatkan keyakinan diri, memperkukuh jaringan profesional, dan membentuk model kepimpinan yang mampan. Kebanyakan program kepimpinan menumpukan kepada pembangunan kompetensi teknikal dan strategi pengurusan, namun mengabaikan aspek kesejahteraan psikologi pemimpin. Kajian menunjukkan bahawa kesihatan mental dan emosi adalah faktor utama yang mempengaruhi gaya kepimpinan, hubungan kerja, dan keupayaan membuat keputusan. Dalam konteks wanita, kekurangan ruang sokongan psikososial dan pendedahan kepada diskriminasi tidak ketara ( microaggressions ) memburukkan lagi kerentanan mereka terhadap lelah upaya, tekanan, dan rasa keterasingan. Oleh itu, wujud keperluan kritikal untuk menghasilkan satu modul latihan khusus seperti “Kesejahteraan Psikologi Pemimpin” untuk memberi sokongan psikologi kepada wanita supaya bersedia memikul tanggungjawab besar dalam peranan kepimpinan serta mampu berhadapan dengan diskriminasi tidak ketara ( microaggressions ) dalam kalangan pemimpin wanita. Keberkesanan program ini bergantung kepada komitmen institusi, sokongan dasar yang progresif, dan budaya kerja yang inklusif. Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh kedudukan wanita dalam kepimpinan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy