Kesejahteraan Sosial

03 PEMERKASAAN KEPIMPINAN WANITA DALAM SEKTOR PENDIDIKAN TINGGI 75 STRATEGI 2 Advokasi Dasar Advokasi dasar perlu diberi penekanan penting bagi memastikan kesediaan pemimpin wanita memegang jawatan tertinggi dalam sektor Pendidikan Tinggi. Melalui sokongan dasar Kerajaan yang mampan dan inklusif akan membuka lebih banyak peluang kepada wanita untuk menjadi pemimpin. Mengesyorkan satu dasar yang menetapkan sasaran kuota minimum bagi wanita dalam jawatan kepimpinan utama, seperti naib canselor, dekan, dan pengurusan tertinggi. Dasar tersebut memerlukan pemantauan dan penilaian berterusan supaya dapat mengukur keberkesanandasaradvokasi ini. Keberkesanandasar ini boleh disahkan melalui Pasukan Audit Gender seperti yang telah ditetapkan dalam Dasar Wanita Negara 2025-2030 untuk menilai prestasi institusi terhadap sasaran kesaksamaan gender. Stereotaip dan bias gender dalamsektor Pendidikan tinggi perludiatasimelalui inisiatif kesejahteraan psikososial supaya dapat melahirkan pemimpin wanita yang berkualiti. Justeru itu, pendekatan psikologi dapat membentuk kesedaran baharu dan budaya kerja yang lebih adil dan inklusif. Oleh yang demikian, dalam konteks advokasi dasar, inisiatif seperti Akta Psikologi boleh dijadikan asas untuk memperkukuh kesejahteraan psikososial pemimpin wanita, sejajar dengan Agenda Matlamat Pembangunan Mampan ( SDGs ), khususnya Kesaksamaan Gender ( SDG5 ) dan Pendidikan Berkualiti ( SDG4 ). Walaupun dasar kesaksamaan gender telah digubal, ia tidak merangkumi diskriminasi tidak ketara (microaggressions) seperti norma budaya, agama dan patriarki. Pewujudan Akta Psikologi perlu disegerakan demi kesejahteraan mental masyarakat khususnya dalam kalangan wanita. Hal ini kerana, di peringkat global, Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) telah membuktikan bahawa, wanita lebih berisiko mengalami gangguan mental seperti kemurungan, keresahan, dan trauma berbanding lelaki. Penggubalan Akta Psikologi berpotensi memperkukuh pendekatan kesejahteraan psikososial dalam kalangan pemimpin wanita di sektor Kerajaan khususnya Pendidikan tinggi, termasuk memberi perhatian terhadap kesejahteraan mental, sistem sokongan emosi, serta pembentukan suasana kerja yang kondusif bagi wanita untuk membangunkan potensi kepimpinan mereka. Dengan melaksanakan dasar yang inklusif, membina kerjasama antara pihak berkepentingan, dan menggalakkan perubahan budaya, Malaysia dapat memastikan bahawa wanita memperoleh peluang yang sama rata untuk mencapai kejayaan sebagai pemimpin di peringkat tertinggi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy