Kesejahteraan Sosial
vii KESEJAHTERAAN SOSIAL KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM Kerangka syor menggunakan Logical Framework merentasi jangka pendek, sederhana dan panjang. Bagi halangan kos, strategi berfasa berasaskan Cost-Benefit Analysis disyorkan: subsidi/ potongan cukai, model perkongsian awam-swasta, dan geran permulaan untuk memacu kemudahan yang mampan. 05 KECERDASAN EMOSI (KE) KANAK-KANAK PRASEKOLAH Tajuk ini meneliti tahap kecerdasan emosi (KE) kanak-kanak prasekolah berumur empat hingga enam tahun melalui pembinaan rubrik penilaian berasaskan empat domain utama: mengenalpasti, memahami, mengawal dan menggunakan emosi. Kajian menggunakan kaedah campuran terhadap 25 murid prasekolah di Kuala Terengganu. Dapatan menunjukkan tahap KE keseluruhan berada pada tahap sederhana (min = 0.56), dengan skor tertinggi pada domain mengawal emosi (0.88) dan terendah pada domain mengenalpasti emosi (0.68). Kajian ini menegaskan keperluan rubrik KE sebagai panduan dalam pendidikan prasekolah untuk menyokong perkembangan sosioemosi, meningkatkan keberkesanan pembelajaran, serta menyumbang kepada pembentukan individu yang seimbang dan berdaya saing. 06 STRATEGI HOLISTIK MENANGANI KONFLIK PERKAHWINAN Kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh bermula dari institusi keluarga. Struktur keluarga yang stabil dibentuk melalui hubungan antara sub-sistemdalamkeluarga iaitu suami, isteri, ibu bapa, adik-beradik dan anak-anak. Keseimbangan hubungan ini menjadi tunjang kepada kelangsungan dan kesejahteraan rumah tangga. Namun, institusi keluarga di Malaysia kini berhadapan dengan cabaran yang semakin meruncing akibat konflik rumah tangga yang tidak berjaya diselesaikan secara berkesan. Keadaan ini dapat dilihat melalui peningkatan kes berkaitan masalah institusi kekeluargaan, termasuk kes perceraian, keganasan rumah tangga, dan penderaan kanak-kanak yang menunjukkan lonjakan ketara sejak tahun 2020. Justeru, melalui analisis yang dijalankan, lima tema utama digunakan sebagai asas untuk membangunkan model kebahagiaan pasangan. Tema-tema tersebut ialah interpersonal, kendiri (self), emosi, keagamaan serta kewangan dan kerjaya. Tema ini dilihat dapat digunakan dalam merangka langkah pencegahan konflik perkahwinan dalam keluarga.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy