Kesejahteraan Sosial
viii KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL Kata Pengantar Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam A lhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana dengan izin dan inayah-Nya, kita berjaya menzahirkan penerbitan Kompendium Rekomendasi Polisi Kesejahteraan Psikologi Perkhidmatan Awam: Kesejahteraan Sosial , sebuah dokumen yang meletakkan asas psikologi bagi pengurusan modal insan yang berteraskan pendekatan saintifik dan holistik. Dalam menempuh ketidaktentuan dan cabaran transformasi digital, sektor awam tidak boleh bergantung pada kecekapan teknikal sahaja. Penjawat awam perlu berdaya tahan, tangkas berfikir serta memiliki kecerdasan emosi dan sosial. Inilah ciri kepemimpinan baharu untuk beradaptasi, memacu inovasi, membuat keputusan bijak dan mengekalkan hubungan yang empati, inklusif serta berteraskan amanah rakyat. Kompendium ini disediakan sebagai rekomendasi polisi yang proaktif bagi membina kesejahteraan penjawat awam secara menyeluruh. Ia merangkumi aspek kesejahteraan sosial yang memperkukuh jalinan hubungan serta semangat kekitaan dalam organisasi dan negara.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy