Kesejahteraan Sosial

vi KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL barisan hadapan, serta ahli dalam masyarakat dipertimbangkan sebagai model intervensi krisis kebangsaan bagi memastikan Malaysia lebih bersedia menghadapi cabaran krisis masa hadapan. 03 PEMERKASAANKEPIMPINANWANITADALAMSEKTORPENDIDIKAN TINGGI Isu kepimpinan wanita dalam pendidikan tinggi menjadi semakin signifikan dalam usaha mencapai kesaksamaan gender dan pembangunan mampan. Walaupun penyertaan wanita dalam pendidikan tinggi semakin meningkat, perwakilan mereka di peringkat kepimpinan tertinggi masih rendah. Fenomena ini mencerminkan adanya jurang yang dipengaruhi faktor sosiobudaya, stereotaip gender, serta ketidakseimbangan peluang. Walaupun dasar nasional dan antarabangsa telah diwujudkan untuk memperkukuh peranan pemimpin wanita, cabaran seperti diskriminasi tidak ketara ( microaggressions ), konflik kerjaya-keluarga, dan kekurangan jaringan profesional masih menjadi halangan utama. Sehubungan itu, tiga strategi utama dicadangkan, iaitu pengukuhan kesejahteraan psikososial, advokasi dasar yang inklusif dan program bimbingan dan latihan kepimpinan yang berstruktur. Usaha kolektif ini bukan sahaja memberikan panduan berharga kepada kerajaan, institusi pendidikan tinggi dan masyarakat untuk memperkasa pemimpin wanita malah, menyumbang secara langsung kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari, khususnya Pendidikan Berkualiti (SDG 4) dan Kesaksamaan Gender (SDG 5). 04 ISU PENJAGAAN ANAK DALAM KALANGAN PEKERJA WANITA Tajuk ini meneliti pemantapan insentif cukai bagi majikan yang menyediakan kemudahan penjagaan kanak-kanak di tempat kerja sebagai strategi mengekalkan wanita bekerja terutamanya jurutera awam serta menyokong keseimbangan antara kerja dan kehidupan. Ia merumuskan rangka dasar sedia ada (Belanjawan 2019 yang menawarkan potongan tambahan bagi perbelanjaan modal; Seksyen 98A Akta Kerja; garis panduan JKM; dan latihan HRD Corp) serta tujuan fiskal dan sosialnya. Kajian mengenal pasti cabaran utama: kos awal tinggi, kesedaran dan panduan prosedur yang terhad, pemantauan serta penguatkuasaan yang lemah, faedah jangka pendek yang kurang jelas, dan persepsi majikan bahawa penjagaan anak ialah tanggungjawab peribadi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy