Kesejahteraan Sosial

74 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL STRATEGI 1 Kesejahteraan Psikososial Dalam konteks Malaysia, peranan wanita sebagai pemimpin dalam sektor Pendidikan Tinggi dibatasi oleh norma budaya, agama, partiarki, dan kekangan keseimbangan antara kerjaya dan tanggungjawab keluarga. Oleh yang demikian, penglibatan keluarga dan komuniti memainkan peranan penting untuk memperkasakan pemimpin wanita dalam sektor pendidikan tinggi. Sokongan keluarga memberikan asas emosi dan praktikal kepada wanita untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin yang seimbang dalam aspek kerjaya dan keluarga. Di dalam Dasar Wanita Negara (DWN) 2025-2030 telah menjelaskan aspek Kepimpinan Wanita, namun strategi DWN hanya berfokus kepada Behavioural Insight dalam konteks Kepimpinan Politik Wanita. Justeru itu, adalah penting untuk menambah strategi yang lebih jelas di dalam Pelan Tindakan Pembangunan Wanita iaitu Kesejahteraan Psikososial secara menyeluruh untuk meyakinkan wanita memegang jawatan di peringkat tertinggi. Pelaksanaan polisi ini bolehmewujudkan persekitaran kerja yang menyokong keseimbangan kehidupan dan kerjaya dalam pemimpin wanita melalui sokongan psikologi. Walaupun fleksibiliti kerja (waktu kerja anjal atau bekerja dari rumah) menyokong wanita dalam kepimpinan, namun terdapat kesan negatif terhadap kemajuan kerjaya mereka. Hal ini kerana, dalam konteks sosiobudaya Malaysia, wujud tanggapan bahawa wanita yang memohon fleksibiliti kerja adalah kurang berwibawa atau mengutamakan urusan keluarga. Situasi ini mencetuskan diskriminasi tidak ketara ( microaggressions ) dalam kalangan rakan sekerja atau pengurusan atasan terhadap pemimpin wanita. Ini jelas menunjukkan bahawa wanita dalam kepimpinan menghadapi konflik kerjaya dan keluarga yang boleh memberi tekanan mental dan menjejaskan prestasi kerja. Oleh yang demikian, sokongan psikologi boleh membantu meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan emosi wanita, seterusnya dapat melahirkan lebih ramai pemimpin wanita dalam sektor Pendidikan Tinggi khususnya dan lain-lain sektor. Dengan pelaksanaan dasar yang progresif dan inklusif, pemimpin wanita dapat mengimbangi peranan profesional dan peribadi dengan lebih berkesan, seterusnya menyumbang kepada pembangunan pendidikan tinggi negara.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy