Kesejahteraan Sosial
03 PEMERKASAAN KEPIMPINAN WANITA DALAM SEKTOR PENDIDIKAN TINGGI 73 dengan berlainan gender. Kesediaan wanita untuk mengembangkan diri menjadi terhad apabila kekurangan dasar fleksibel seperti cuti kerja berorientasikan keluarga atau waktu kerja fleksibel memburukkan lagi situasi ini. Peratusan wanita yang memegang jawatan tertinggi seperti Naib Canselor atau pengarah di IPT dan KPT masih rendah berbanding lelaki. Kepelbagaian gender di peringkat pengurusan tertinggi masih menjadi isu walaupun wanita membentuk majoriti dalam enrolmen akademik. Hal ini kerana, tidak semua pemimpin wanita memiliki akses kepada rangkaian profesional atau mentor yang boleh membantu mereka menavigasi kerjaya kepimpinan. Ketiadaan sokongan ini boleh menyebabkan kurangnya keyakinan diri untuk bersaing dalam peranan yang dominan dalam kalangan lelaki. Polisi dan program untuk menyokong psikologi wanita sebagai pemimpin sering bersifat fragmentasi atau kurang konsisten dalam pelaksanaannya. Justeru itu, pemerkasaan wanita masih berada di peringkat yang kurang memberangsangkan kerana ketiadaan mekanisme pemantauan yang kukuh untuk mengukur keberkesanan dasar kesaksamaan gender. 5.0 SYOR DASAR Kesediaan untuk memperkasa pemimpin wanita dalam sektor pendidikan tinggi merupakan langkah kritikal untuk mencapai matlamat SDG 4 (Pendidikan Berkualiti) dan SDG 5 (Kesaksamaan Gender). Analisis SWOT-TOWS menunjukkan bahawa Malaysia memiliki kekuatan dan peluang yang signifikan, termasuk dasar kerajaan yang progresif, peningkatan kesedaran sosial, dan kolaborasi global dalam kepimpinan pendidikan tinggi. Namun, kelemahan seperti budaya organisasi yang masih dipengaruhi oleh stereotaip gender serta ancaman seperti diskriminasi tidak ketara ( microaggressions ) dan ketidakseimbangan akses kepada peluang antarabangsa perlu ditangani dengan serius. Menyoroti dapatan kajian daripada Women Higher Education Leadership in Commonwealth Asia: Current Realities, Challenges and Opportunities , strategi yang disyorkan adalah penglibatan keluarga dan komuniti, advokasi dasar dan program bimbingan dan latihan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy