Kesejahteraan Sosial

72 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL tahun 2020, perwakilan wanita dalam kepimpinan institusi pendidikan tinggi awam pada tahun 2020 hanya melibatkan 10 peratus manakala, lelaki mendominasi sebanyak 90 peratus memegang jawatan sebagai Naib Canselor Pemimpin wanita yang memegang jawatan di peringkat Lembaga Governor Universiti (LGU) hanya melibatkan 5 peratus sahaja pada tahun 2020 (Boston College Center for International Higher Education, 2019). Nilai tradisi dan stereotaip yang memandang rendah kemampuan wanita menyebabkan mereka tidak dipilih untuk jawatan kepimpinan penting. Walaupun merit adalah asas pemilihan, terdapat kes terpencil di mana lelaki lebih diutamakan kerana dianggap kurang terikat dengan tanggungjawab peribadi. Dalambidang TVET , diskriminasi gender, perbezaan gaji dan kesukaran untuk memasuki bidang pekerjaan didominasi oleh kaum lelaki. Berdasarkan dapatan kajian, bidang TVET didominasi sebanyak 60 peratus kaum lelaki manakala, hanya 40 peratus penyertaan wanita dalam bidang ini. Hal ini kerana, golongan lelaki mempunyai keupayaan menerima konsep 3D iaitu Dirty , Difficulty dan Dangerous , seterusnya wujud tanggapan bahawa wanita tidak sesuai menceburi bidang TVET . Justeru itu, bagi memperkasa wanita dalam bidang TVET maka, Akademi TVET Wanita (JELITA) ditubuhkan untuk pengembangan bakat, kemahiran, keterampilan dan pengetahuan sekaligus melahirkan peserta wanita berdaya saing. Beban berganda wanita sebagai pemimpin profesional dan tanggungjawab kepada keluarga sering menjadi halangan kepada perkembangan kerjaya mereka. Jangkaan sosial terhadap peranan tradisional wanita menyukarkan mereka untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya kepimpinan. Kepimpinan di sektor pendidikan tinggi melibatkan tanggungjawab besar, seperti pengurusan akademik, antarabangsa, dan pembangunan strategi, yang boleh menjadi cabaran untuk Wanita. Wanita mungkin menolak jawatan kepimpinan kerana tekanan kerja yang tinggi dan keperluan untuk keluar dari zon selesa. Wanita dalam posisi kepimpinan sering menghadapi tekanan tinggi untuk menyelesaikan tugasan yang kompleks dan memastikan pencapaian petunjuk prestasi utama (KPI) di peringkat Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Situasi ini menyebabkan wanita sering menghadapi cabaran dalam mengimbangi tugas kepimpinan dengan tanggungjawab keluarga, terutama bagi ibu dan isteri. Tambahan pula wanita Asia terikat dengan norma budaya dan agama yangmengehadkan fleksibiliti penglibatan wanita dalam kepimpinan seperti pergaulan dan adab

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy