Kesejahteraan Sosial

03 PEMERKASAAN KEPIMPINAN WANITA DALAM SEKTOR PENDIDIKAN TINGGI 71 Kemahiran multitasking dalam kalangan wanita Asia merupakan anugerahsemulajadi yangmelayakkanmerekauntukmenjadipemimpin. Wanita mampu memikul pelbagai peranan seperti tugas profesional, tanggungjawab keluarga, dan peranan sosial. Dalamkonteks pendidikan tinggi, kemahiran seperti ini membolehkan mereka menangani tuntutan pentadbiran, penyelidikan, dan pengajaran secara efektif. Kemahiran multitasking meningkatkan daya tindak wanita terhadap perubahan dinamik dalam sektor pendidikan tinggi, termasuk adaptasi kepada teknologi digital dan cabaran global. Selain itu, sifat interpersonal seperti empati yang tinggi dan kemahiran komunikasi yang cemerlang dapat memupuk kerjasama dalam pasukan seterusnya mencapai matlamat institusi tersebut. Gabungan kemahiran multitasking dan interpersonal memberikan kelebihan besar kepada pemimpin wanita dalam pendidikan tinggi di Malaysia. Sifat semula jadi ini bukan sahaja membantu mereka menangani cabaran sektor ini dengan cekap tetapi juga menyumbang kepada inovasi dan pembangunan komuniti akademik yang inklusif. Bagi memperkukuh potensi ini, peluang latihan kepimpinan dan dasar institusi yang menyokong wanita perlu terus diperkasakan. Justeru, keluarga dan komuniti memainkan peranan penting dalam membantu wanita mengimbangi kerjaya dan keluarga terutamanya sokongan psikologi yang merangkumi aspek moral dan emosi. Kesedaran keluarga dan komuniti akan membuka lebih banyak ruang untuk wanita melibatkan diri dalam dialog dan polisi pendidikan sekaligus mencapai keseimbangan antara kerjaya dan keluarga. Peluang ini selaras dengan agenda SDG 5 dan mempromosikan keseimbangan yang lebih baik untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam kepimpinan pendidikan tinggi. 4.2 Meminimumkan Kelemahan dan Ancaman kepada Pemimpin Wanita Kesaksamaan gender dalam sektor pendidikan tinggi mendapat perhatian di peringkat global dan wujud dasar di Malaysia yang memperkasa pemimpin wanita, namun masih wujud diskriminasi tidak ketara seperti halangan sosiobudaya dan stereotaip, tekanan berganda di antara kerjaya dan keluarga serta jaringan yang mengehadkan peluangmerekauntukmencapai kedudukansebagai pemimpin tertinggi. Di Asia, peratusan wanita jauh lebih rendah berbanding lelaki dalam peranan kepimpinan berbanding dengan penanda aras global. Pada

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy