Kesejahteraan Sosial
70 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL 4.1 Memaksimumkan Kekuatan dan Peluang kepada Pemimpin Wanita Di peringkat nasional dan antarabangsa, wanita diberikan kesaksamaan untuk memperoleh pendidikan tinggi dan seterusnya berpeluang untuk memegang jawatan khususnya dalam sektor pendidikan tinggi. Di Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberikan akses kepada wanita melalui pendidikan berkualiti. Dibuktikan melalui Data Statistik Pendidikan Tinggi 2023 yang menunjukkan bahawa enrolmen wanita melebihi lelaki dalam kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) telah mencerminkan akses yang lebih besar kepada pendidikan berkualiti. Wanita dan lelaki diberi hak yang sama rata untuk menjadi pemimpin di peringkat pengurusan tertinggi di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Kaedah pelantikan penjawat awam adalah telus berdasarkan merit dan kompetensi calon dan tidak mengikut kuota untuk gender, agama ataupun kaum. Pelantikan berasaskan merit memberikan peluang yang adil kepada wanita untuk mencapai kedudukan sebagai pemimpin. Melalui merit, bakat dan peluang membolehkan pemimpin wanita lebih menonjol sekaligus mengoptimumkan peranan wanita dalam kepimpinan supaya dapat mencapai status negara maju. Di peringkat antarabangsa, Malaysia menunjukkan komitmen terhadapMatlamatPembangunanMampan( SDGs )melaluipelaksanaan program dan inisiatif yang menekankan kesaksamaan gender dalam semua sektor, termasuk pendidikan. Pendidikan Berkualiti ( SDG 4 ) dan Kesaksamaan Gender ( SDG 5 ) memberikan rangka kerja global yang menyokong wanita untuk menjadi pemimpin dalam pendidikan tinggi tetapi juga mencipta ekosistem yang menggalakkan kesaksamaan gender dan pembangunan pendidikan berkualiti secara menyeluruh. Di peringkat antarabangsa, UNESCO dan UN Women’s antara badan yang memberikan memberi akses kepada sumber dan amalan terbaik untuk membangunkan dasar mesra keluarga. Begitu juga di Malaysia yang memperkenalkan dasar yang menyokong penyertaan wanita dalam kepimpinan, termasuk di sektor pendidikan tinggi, seperti Dasar Wanita Negara 2025-2030 dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Hal ini jelas menunjukkan komitmen Malaysia terhadap SDGs melalui pelaksanaan program dan inisiatif yang menekankan kesaksamaan gender dalam semua sektor, termasuk pendidikan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy