Kesejahteraan Sosial
68 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL pakar bidang akan dijemput untuk mengesahkan transkripsi tersebut dan menilai kesesuaian petikan transkripsi yang dipilih secara rawak dengan rakaman audio asal. Data dianalisis menggunakan pendekatan secara kualitatif dengan analisis SWOT-TOWS , yang terdiri dari Strenghts , Weakness , Opportunities dan Threats . Analisis SWOT-TOWS bertujuan untuk memaksimumkan kekuatan ( Strength ) dan peluang ( Opportunities ), namun dapat meminimumkan kelemahan ( Weakness ) dan ancaman ( Threats ). 4.0 HASIL ANALISIS Hasil daripada dapatan kajian “ Women Higher Education Leadership in Commonwealth Asia: Current Realities, Challenges and Opportunities ”, telah menyoroti kekuatan, kelemahan, peluang, dan ancaman ( SWOT- TOWS ) akibat daripada pelbagai halangan yang mengekang kesediaan dan kesaksamaan wanita yang memegang tanggungjawab sebagai pemimpin di sektor Pendidikan tinggi. Rajah 1 menunjukkan analisis SWOT ( Strengths , Weaknesses , Opportunities , and Threats ) - TOWS ( Threats , Opportunities , Weaknesses , Strengths ) yang telah dikenalpasti melalui kajian yang telah dilaksanakan oleh kajian Commonwealth Tertiary Education Facility ( CTEF ): SWOT-TOWS Kekuatan (S) Kelemahan (W) 1. Peningkatan bilangan wanita berpendidikan tinggi. 2. Polisi global dan nasional yang menyokong kesaksamaan gender 3. Kemahiran interpersonal dan kepimpinan. 1. Cabaran sosiobudaya. 2. Konflik kerjaya dan keluarga. 3. Strereotaip dan bias gender. 4. Kekurangan jaringan sokongan. Peluang (O) Strategi SO (S + O) Strategi WO (W + O)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy