Kesejahteraan Sosial

03 PEMERKASAAN KEPIMPINAN WANITA DALAM SEKTOR PENDIDIKAN TINGGI 67 Pendekatan kualitatif dijalankan melalui temu bual mendalam separa berstruktur dengan pemimpin wanita yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Soalan temu bual bersama responden adalah merangkumi realiti semasa yang mereka hadapi, cabaran sebagai pemimpin wanita, serta faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan mereka. Kajian ini memfokuskan kepada pemimpin wanita dan pemimpin lelaki yang sedang memegang jawatan tertinggi dalam sektor Pendidikan Tinggi di Malaysia, Brunei, Pakistan dan Maldives. Kajian deskriptif kualitatif sangat sesuai untuk meneroka kesediaan pemimpin wanita menghadapi realiti semasa, cabaran, dan strategi untuk menjadi pemimpin yang berdaya saing dalam pendidikan tinggi. Pemilihan responden menggunakan kaedah pensampelan bertujuan untuk mengenal pasti dan memilih pemimpin wanita yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Pemimpin wanita dipilih di peringkat Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan pemimpin wanita dan lelaki di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman kerja. Seterusnya, kebenaran diperoleh daripada responden terpilih untuk mengambil bahagian dalam sesi temu bual, sama ada temubual secara bersemuka atau secara atas talian bergantung kepada lokasi geografi dan waktu yang ditetapkan. Penyertaan adalah secara sukarela sepenuhnya. Instrumen soalan temu bual akan diberikan lebih awal kepada responden untuk meningkatkan tahap kesediaan responden semasa sesi temu bual berlangsung. Sebanyak 16 pemimpin wanita dan lelaki dari IPT dan KPT yang dikenal pasti berdasarkan kriteria pensampelan. Soalan temu bual diajukan berdasarkan protokol temu bual dan sesi temu bual berlangsung selama 60 hingga 90 minit. Sesi temu bual akan direkodkan melalui rakaman video untuk temu bual dalam talian atau rakaman audio untuk temu bual secara bersemuka. Sebelum analisis data dijalankan, kaedah pengesahan pakar bidang telah dilaksanakan untuk meningkatkan ketepatan dapatan kajian. Dalam kajian ini, member checking akan digunakan sebagai kaedah pengesahan. Member checking ialah proses semakan oleh individu yang terlibat untuk menyemak ketepatan transkripsi temu bual (Creswell, 2015). Proses analisis data akan dimulakan dengan menyalin rakaman audio secara verbatim. Transkripsi tersebut kemudiannya akan dihantar kepada responden untuk disahkan. Seterusnya, dua

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy