Kesejahteraan Sosial
66 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL keluarga bersama dengan kerja rumah tangga (Benson dan Yukongdi, 2005). Beberapa kajian lain menunjukkan bahawa wanita diberi peluang yang minimal dan kurang diwakili di tempat kerja di negara Asia seperti India (Gandhi dan Sen, 2020), Jepun (Williams, 2010), Pakistan (Mirza dan Jabeen, 2011), Republik Rakyat China (PRC) (Gao et al., 2016), Thailand (Andajani-Sutjahjo et al., 2015), dan Singapura (Dimovski et al., 2010), di mana mereka memainkan peranan sebagai suri rumah dan ibu. Vietnam adalah salah satu negara Asia Tenggara yang dipengaruhi oleh People’s Republic of China (PRC), dan ini sangat mempengaruhi budaya Konfusianisme, di mana wanita secara meluas menerima peranan tradisional mereka sebagai suri rumah (Truong et al., 2017). Oleh itu, pemimpin wanita seringkali berhadapan dengan kekangan budaya untuk mengambil peranan kepimpinan. Wanita di Vietnam dilihat perlu bekerja lebih keras berbanding lelaki untuk membuktikanmereka releven sambil mengekalkan tanggungjawab dalam keluarga dan masyarakat (Lan Thi Dang, 2017). Walau bagaimanapun, dalam tempoh satu dekad, Vietnam mengubah persepsi terhadap peranan wanita, dan hasilnya, jawatan kepimpinan semakin meningkat di pelbagai peringkat dalam sektor awam dan swasta (Al-Husseini dan Elbeltagi, 2016). Dapat dirumuskan bahawa, walaupun golongan wanita berpendidikan tinggi semakin meningkat, peluang mereka untuk memegang jawatan utama di peringkat tertinggi jauh lebih rendah berbanding lelaki. Dalam konteks ini, dispariti gender bukan sahajamemberi kesan kepada perkembangan kerjaya wanita, malah merupakan kerugian kepada sektor pendidikan tinggi kerana tidak memanfaatkan sepenuhnya bakat wanita. Ditambah pula dengan norma sosiobudaya tradisional sering memberikan tekanan kepada wanita untuk menyeimbangkan peranan profesional dengan tanggungjawab peribadi yang menjejaskan peluang mereka untuk berkembang dalam kerjaya. 3.0 METODOLOGI Kajian impak ini berbentuk kualitatif. Teknik mengumpul data melibatkan temu bual mendalam. Pemilihan sampel dijalankan melalui kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) untuk membolehkan persoalan kajian terjawab. Kaedah ini boleh memahami atau mentafsir fenomena berdasarkan makna yang diberikan oleh individu kepada fenomena tersebut kerana sifat penyelidikan kualitatif adalah naturalistik dan interpretatif (Creswell, 2015; Denzin & Lincoln, 2008).
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy