Kesejahteraan Sosial

03 PEMERKASAAN KEPIMPINAN WANITA DALAM SEKTOR PENDIDIKAN TINGGI 65 itu, UNESCO, OECD dan World Bank merumuskan bahawa pemimpin wanita dalam pendidikan tinggi mampu bersaing jika wanita bersedia dari aspek psikologi, perubahan organisasi dan menambahbaik ilmu pengetahuan (Neubauer & Kaur, 2019). Di Indonesia, Cahyati et al., 2021 menjelaskan bahawa wanita dalam institusi pendidikan tinggi masih menghadapi halangan untuk mencapai kepimpinan tertinggi, walaupun tahap diskriminasi di Indonesia hampir tidak wujud. Halangan yang paling dominan adalah tanggungjawab keluarga, budaya patriarki, dan kurangnya sokongan polisi. Walau bagaimanapun, wanita mempunyai peluang yang sama seperti lelaki. Namun, diskriminasi yang ketara bagi wanita adalah meminimumkan halangan yang dialami oleh diri sendiri. Wanita mesti bersedia menerima semua komitmen dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Di Thailand, peluang dalam pendidikan adalah seimbang diberikan kepada golongan lelaki dan wanita. Justeru itu, penyertaan wanita dalam pendidikan tinggi semakin meningkat. Di dalamtradisi Thai, wanitadan lelaki memegang status danperanan yang berbeza dalammasyarakat yangmana, peranan utamawanita Thailand adalah sebagai penyokong lelaki di belakang tabir dan merupakan anggota produktif ekonomi. Situasi ini menyebabkan kesediaan wanita untuk menjadi pemimpin masih terhalang disebabkan norma budaya yang menyukarkan wanita menceburi bidang kepimpinan dalam organisasi dan masyarakat (Cuthbert et al., 2019). 2.1 Pemimpin Wanita di Asia Trend global menunjukkan peningkatan penyertaan wanita dalam pendidikan tinggi dengan nisbah tertinggi di Eropah, Amerika Latin, dan negara-negara Arab, manakala penyertaan terendah adalah di sub-Sahara Afrika dan Asia Selatan. Walaupun terdapat peningkatan dalam akses dan ekuiti pendidikan tinggi wanita, dominasi lelaki mengikut bidang, polisi, budaya dan tekanan sosial dalam masyarakat menghadkan wanita menjadi pemimpin di kebanyakan negara (Licuanan, 2004). Dalam arus modernisasi, negara Komanwel Asia masih dibayangi dengan sosiobudaya yang mengekalkan lelaki lebih dominan memegang jawatan sebagai pemimpin tertinggi dalam sesebuah institusi. Walaupun negara tersebut memberi peluang kepada kesaksamaan gender, namun ironinya diskriminasi tidak ketara terhadap keupayaan wanita menjadi halangan untuk mereka menjadi pemimpin. Di negaraAsia Tenggara, tanggungjawab utamawanitaadalahmenjaga

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy