Kesejahteraan Sosial
64 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL dan pendidikan semakin mengecil, manakala kemajuan dalam pemerkasaan politik hampir tidak bergerak, dan penyertaan ekonomi wanita telah mundur daripada pulih (World Economic Forum, 2024). Negara-negara di seluruh dunia telah mengalami perubahan sosial dalam pelbagai bidang, termasuk revolusi pendidikan oleh wanita. Jelas dipaparkan oleh data kesaksamaan gender daripada UNESCO 2016, terdapat peningkatan penyertaan wanita dalam kepimpinan iaitu pendidikan tinggi (Buasuwan & Niyamajan, 2019). Namun, hanya 36% sahaja wanita memegang jawatan sebagai pemimpin kerana mereka menghadapi halangan untuk memegang peranan dalam pengurusan (Maheshwari & Nayak, 2022). Faktor yang memotivasi pemimpin wanita untuk maju dalam kerjaya mereka adalah sokongan berterusan daripada keluarga dan mentor, perubahan pemikiran majikan, dan kecekapan kepimpinan wanita. Beberapa cabaran yang dihadapi oleh wanita dalam kepimpinan pendidikan tinggi termasuk bias gender dan stereotaip, kurangnya perwakilan, keseimbangan kerjaya dan keluarga, serta budaya organisasi. Terdapat dua jurang ketara dalam literatur berkaitan kepimpinan wanita. Pertama, kebanyakan kajian empirikal hanya tertumpu pada cabaran sebagai pemimpin wanita dalam pendidikan tinggi. Kedua, walaupun literatur menunjukkan minat yang semakin meningkat terhadap kepimpinan wanita di negara-negara Komanwel, khususnya di Eropah, Amerika, Afrika, dan sebagainya, namun, terdapat kajian yang terhad mengenai pemimpin wanita di Asia. Di sokong oleh British Council, 2024, pemimpin wanita di negara Asia, khususnya dalam institusi pengajian tinggi, masih menghadapi halangan untuk mencapai jawatan kepimpinan tertinggi, walaupun terdapat pengiktirafan yang semakin meningkat terhadap kesaksamaan gender. Pemimpin wanita berdepan dengan diskriminasi tidak ketara ( microaggressions ) seperti budaya patriarki, kurangnya sokongan daripada keluarga dan komuniti. Menariknya untuk menelusuri peranan pemimpin wanita di Asia adalah kerana, dunia telah mengikhtiraf kesaksamaan gender, namun diskriminasi tidak ketara seperti budaya, agama, partiarki masih lagi wujud. Secara umumnya, halangan dan peluang yang dihadapi oleh wanita untuk mencapai jawatan kepimpinan tertinggi berbeza mengikut negara dari aspek peraturan dan norma sosiobudaya. Selain
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy