Kesejahteraan Sosial

03 PEMERKASAAN KEPIMPINAN WANITA DALAM SEKTOR PENDIDIKAN TINGGI 63 Cabaran sosiobudaya, ketaksamaan peluang, dan diskriminasi tidak ketara ( microaggressions ) adalah antara isu utama yang membatasi potensi mereka (Lucchetti et al., 2023). Kesediaan wanita untuk memikul peranan sebagai pemimpin, sering dipengaruhi oleh faktor dalaman seperti kompetensi, keyakinan diri, dan kemampuan kepimpinan, serta faktor luaran seperti sokongan institusi, polisi inklusif, dan budaya organisasi (Wang & Gao, 2022). Pada masa yang sama, cabaran seperti stereotaip gender, keseimbangan keluarga dan kerjaya, serta kekurangan jaringan profesional terus menjadi halangan utama (Wang & Gao, 2022). Namun begitu, strategi yang inklusif memainkan peranan penting dalam memperkasakan pemimpin wanita di sektor ini. Pendekatan seperti penggubalan dasar institusi, jaringan profesional dan komuniti, perubahan budaya kerja dan pembangunan kepimpinan psikologi mampu memberikan sokongan yang diperlukan untuk memperkukuh keterlibatan wanita dalam jawatan kepimpinan tertinggi. Usaha ini bukan sahaja bertujuan untuk memastikan kesaksamaan gender tetapi juga untuk memperkukuh kualiti kepimpinan dalam pendidikan tinggi, yang akhirnya menyumbang kepada agenda pembangunan global, seperti Matlamat Pembangunan Lestari ( SDGs ), khususnya SDG 4 (Pendidikan Berkualiti) dan SDG 5 (Kesaksamaan Gender). Ia juga sejajar dengan halatuju Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi SumberManusia(PSPPSM)2021-2025, diMalaysiayang inginkan organisasi lebih sejahtera dan terus produktif. Penemuan ini tidak hanya menyumbang kepada literatur kepimpinan gender tetapi juga memberikan panduan praktikal kepada kerajaan untuk membangunkan polisi dan program yang lebih inklusif untuk memperkasa pemimpin wanita. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Secara global, pendidikan tinggi antarabangsa merupakan ruang yang dinamik. Pada pandangan kasar, ia kelihatan seperti ruang yang setara dari segi gender. Namun demikian, beberapa tahun kebelakangan ini, dunia telah menyaksikan kemunduran besar terhadap kesaksamaan gender secara global akibat daripada impak pandemik COVID-19 terhadap wanita dalam pendidikan dan tenaga kerja, diikuti dengan krisis ekonomi dan geopolitik. Jurang gender global dalam kesihatan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy