Kesejahteraan Sosial
62 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL PEMERKASAAN KEPIMPINAN WANITA DALAM SEKTOR PENDIDIKAN TINGGI NUR RAFIDAH ASYIKIN IDRIS, PhD Pegawai Penyelidik Commonwealth Tertiary Education Facility (CTEF), Universiti Sains Malaysia nrai@usm.my LEI MEE THIEN, PhD Profesor Madya Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) & Commonwealth Tertiary Education Facility (CTEF), Universiti Sains Malaysia thienleimee@usm.my WAN FATMA ZUHARAH WAN MUSTHAPA, PhD Profesor Madya Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia wfatma@usm.my 1.0 PENGENALAN Kepimpinan wanita dalam sektor pendidikan tinggi di Malaysia adalah komponen penting untuk mencapai kesaksamaan gender ( SDG 5 ) dan meningkatkan kualiti pendidikan ( SDG 4 ), seperti yang digariskan oleh Matlamat Pembangunan Lestari ( SDGs ). Pemimpin wanita memainkan peranan penting dalammemacu perubahan dan membentuk landskap pendidikan tinggi, terutamadalameraglobalisasi yangmenuntut inovasi, keadilan gender, dan pembangunan mampan. Namun, keterlibatan wanita di peringkat kepimpinan tertinggi dalam sektor pendidikan tinggi masih jauhdaripadaseimbang(TimesHigher Education, 2024). Meskipun terdapat kemajuan dari segi dasar dan kesedaran masyarakat, wanita terus menghadapi pelbagai cabaran yang menghalang pencapaian mereka sebagai pemimpin (British Council, 2024). Justeru itu, adalah penting untuk meneroka tahap kesediaan wanita untuk memegang jawatan sebagai pemimpin di sektor pendidikan tinggi, mengenal pasti cabaran yang dihadapi, dan merangka strategi yang berkesan untuk memperkasa pemimpin wanita menjadi keperluan mendesak.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy