Kesejahteraan Sosial
02 INTERVENSI KRISIS BERASASKAN MODEL RPSD KE ARAH MASYARAKAT SEJAHTERA PSIKOLOGI 39 terbuka bagi memperoleh maklumat daripada kaunselor berkaitan struktur model juga merangkumi proses, strategi dan teknik yang digunakan oleh kaunselor dalam mengendalikan sesi kaunseling krisis. Manakala pendekatan kualitatif pula digunakan untuk membantu dalam memperoleh maklumat mendalam dan terperinci melalui temu bual separa berstruktur. Maklumat dikumpul daripada guru kaunseling di sekolah dan kaunselor di pusat pengajian tinggi dan perkhidmatan awam. Sampel melibatkan 350 orang kaunselor yang menjawab soal selidik terbuka serta seramai 12 orang ditemu bual.Analisiskandungan digunakan dalam memproses dapatan kajian. Bagi memudahkan analisis, maklumat temu bual perlu ditukar kepada teks bertulis yang diperoleh secara transkripsi atau catatan nota (Clandinin & Connelly, 1998). Proses dilakukan ini adalah bagi membentuk tema dan sub tema. Gabungan dapatan soal selidik dan temu bual seterusnya digunakan bagi membangunkan struktur model intervensi krisis, diuji kesahan dan kebolehpercayaannya. Model intervensi krisis ini kemudiannya dibangunkan dalam platform aplikasi mudah alih serta dimuat naik dalam Google Playstore dan Apple Play Store . Seramai 80 orang kaunselor dan 80 orang klien terlibat dalam pembinaan dan menguji aplikasi mudah alih Model Intervensi Krisis RPSD ini. 4.0 HASIL ANALISIS 4.1 Mencadangkan intervensi dengan langkah yang berstruktur dalam mengendalikan kes-kes krisis Dapatan kajian menunjukkan bahawa peranan kaunselor ketika berhadapan dengan kes krisis adalah sebagai individu yang membantumengurangkan tekananemosimelalui penstabilanemosi, pemenuhan keperluan asas, penyampaian maklumat, mendengar secara aktif, serta mengaplikasikan Psychological First Aid (PFA). Didapati tiada model intervensi krisis khusus yang digunakan secara konsisten dalam kalangan kaunselor. Sebaliknya, mereka cenderung mengaplikasikan beberapa teori kaunseling yang dirasakan sesuai mengikut keadaan dan situasi klien semasa krisis berlaku. Dapatan menunjukkan 19 daripada 25 orang kaunselor tidak menggunakan mana-mana model intervensi krisis secara formal
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy