Kesejahteraan Sosial

38 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL kesihatan mental berbanding rawatan fizikal tradisional (Martinengo et al., 2019). Penggunaan tele-kaunseling dan manual bercetak yang sedia ada tidak cukup untuk memenuhi keperluan mendesak dalam pengurusan krisis secara menyeluruh. Justeru, pembangunan model intervensi krisis kebangsaan berasaskan teknologi digital yang lengkap dan bersesuaian dengan budaya dan konteks Malaysia amat diperlukan. Model ini harus mampu menyediakan garis panduan praktikal, selamat, mudah diakses, dan responsif dalammemberi bantuan kepada individu, kaunselor, serta agensi bantuan, sekaligus memperkukuh keupayaan negara dalam mengendalikan krisis. Model krisis yang berstruktur ini berupaya menyelaraskan pelaksanaan intervensi krisis antara pelbagai agensi kerajaan, NGO dan komuniti. Ia juga meningkatkan keberkesanan pengurusan krisis ke arah masyarakat yang lebih resilien dan sejahtera psikologi. Rajah 2 : Rasional Pelaksanaan Model RPSD oleh Pelbagai Agensi Kerajaan, Swasta, NGO dan Komuniti 3.0 METODOLOGI Pendekatan kajian adalah kombinasi kuantitatif dan kualitatif yang membolehkan pemahaman mendalam permasalahan kajian (Creswell, 2008). Kajian kuantitatif melibatkan pengedaran soal selidik

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy