Kesejahteraan Sosial

40 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL semasa mengendalikan kes-kes krisis. Kebanyakan mereka tidak menyedari kewujudanmodel intervensi krisis yang khusus, dan hanya bergantung kepada strategi dan kemahiran asas kaunseling serta mengadaptasi teori-teori kaunseling seperti Terapi Kognitif Tingkah Laku dan Terapi Realiti. Dalamaspek prosedur pula, pendekatan yang digunakan adalah tidak seragam dan tidak sistematik, sebaliknya berpandukan kepada pengetahuan serta pengalaman peribadi. Langkah-langkah lazim yang diambil termasuklah mengenal pasti isu atau krisis yang dihadapi, menstabilkan emosi klienmenggunakan teknik relaksasi dan pernafasan, serta memberi ruang kepada klien untuk meluahkan perasaan. Kaunselor jugamenekankan pembinaan hubungan terapeutik yang baik serta penyediaan persekitaran yang selamat dan selesa kepada klien. Dapatan ini secara keseluruhan memperlihatkan keperluan mendesak untuk satu pendekatan intervensi krisis yang sistematik, berstruktur dan berasaskan model yang kukuh untuk digunakan oleh semua kaunselor dan individu yang terlibat dalam pengendalian krisis. Justeru, satu model intervensi krisis psikososial berfasa yang fleksibel dan mampu disesuaikan dengan pelbagai jenis krisis sama ada di peringkat individu mahupun komuniti perlu dibangunkan dan diperkenalkan. Intervensi ini bukan sahaja harus menggabungkan kepakaran profesional, malah turut melibatkan penyertaan aktif daripada komuniti. Matlamat utamanya ialah bukan sahaja memulihkan individu yang terkesan, tetapi juga memperkukuh daya tindak serta membina daya tahan psikologi jangka pendek dan jangka panjang dalam menghadapi krisis. Analisis ERRC ( Eliminate , Reduce , Raise dan Create ) memberi cadangan kepada aplikasi intervensi krisis yang sesuai digunakan untuk kelangsungan masyarakat Malaysia dalam meningkatkan kesejahteraan psikologi. Rajah 3 dan Jadual 1 menjelaskan analisis ERRC :

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy