Kesejahteraan Sosial

02 INTERVENSI KRISIS BERASASKAN MODEL RPSD KE ARAH MASYARAKAT SEJAHTERA PSIKOLOGI 37 panduan lengkap bagi intervensi krisis yang sesuai dengan realiti Malaysia sangat mendesak. Pada masa ini, kaunselor di Malaysia kekurangan pengetahuan dan kemahiran khusus berkenaan model intervensi krisis yang sistematik (Nor Shafrin Ahmad & Siti Nur Nadhirah Ashari, 2018). Selain itu, penerimaanmasyarakat terhadap perkhidmatan kaunseling masih rendah dan sering disalahertikan, menyukarkan usaha pengendalian krisis. Dari sudut pelaksanaan di peringkat nasional, intervensi bencana dan pengurusan krisis seperti yang digariskan dalam Arahan 20 oleh Majlis Keselamatan Negara melibatkan pelbagai agensi bantuan, badan sukarela, dan pusat pemulihan. Peranan pusat kaunseling, terutamanya yang beroperasi di zon hijau, amat vital dalam menangani isu-isu psiko sosial berkaitan krisis. Oleh itu, pembangunan garis panduan lengkap yang mengintegrasikan model intervensi yang berkesan dan relevan dengan konteks Malaysia adalah sangat penting. Ia sejajar dengan aspirasi RMK13 untuk mencapai masyarakat yang berkualiti, berkebajikan, dan berdaya tahan. Penekanan terhadap aspek sosial juga penting dalam memperkukuh kesejahteraan mental rakyat secara menyeluruh, sekaligus membentuk rakyat yang resilien, berdaya tindak, dan mampu menghadapi cabaran pelbagai bentuk krisis. Selain itu, aspek tata kelola menuntut setiap agensi memberikan perkhidmatan yang stabil, konsisten, dan berintegriti, termasuk transformasi digital yang berasaskan prinsip tadbir urus yang baik. Model intervensi krisis yang dibangunkan hendaklah mampu digunakan oleh semua agensi pemberi perkhidmatan menolong, memastikan perkhidmatan dapat diberikan secara berterusan dan spontan kepada masyarakat yang memerlukan, khususnya dalam situasi kecemasan. Dalam era maklumat dan komunikasi hari ini, penggunaan platform digital dan aplikasi mudah alih berpotensi meningkatkan keberkesanan pengurusan krisis dan akses kepada sokongan psikologi. Teknologi ini mampu mengurangkan intensiti krisis serta mempercepatkan respons, selain memudahkan dokumentasi dan pengumpulan data secara sulit (Karl, Rother & Nestler, 2015). Kajian di Germany terhadap 1024 sampel menunjukkan bahawa, walaupun aplikasi mudah alih berpotensi besar, penggunaan dan persepsi masyarakat terhadapnya masih kurang dan memerlukan penambahbaikan (Grinko, Kaufhold & Reuter, 2019). Malah, penggunaan teknologi digital turut meningkatkan akses perkhidmatan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy