Kesejahteraan Sosial
36 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL Bhullar, 2020). Walaupun krisis merupakan kejadian yang kerap berlaku, pengurusan dan intervensinya di Malaysia masih belum menepati keperluan kontemporari, berikutan kekurangan model intervensi yang seragam, berkesan, dan relevan dengan konteks tempatan. Rajah 1 : The Global Risks Report 2024 Merujuk Rajah 1, The Global Risks Report 2024, 19 th Edition , Malaysia kini tidak terlepas dari berdepan dengan peningkatan pelbagai bentuk krisis yang menjejaskan kesejahteraan psikologi masyarakat. Kes perceraian, krisis ekonomi yang menekan komuniti B40, bencana alam antara contoh yang memberikan kesan krisis yang mengancam kesejahteraan jika tidak dibantu secara berkesan dan sistematik. Keputusan Tinjauan Persepsi Risiko Global (GRPS) 2023-2024 menunjukkan pandangan umum yang negatif terhadap prospek dunia dalam masa dua tahun, dengan dua pertiga menjangkakan situasi akan memburuk dalam tempoh 10 tahun kemudian. Tinjauan pada September 2023 menunjukkan majoriti responden (54%) menjangkakan ketidakstabilan dan risiko bencana global berlaku pada paras sederhana, manakala 30% lagi menjangkakan keadaan yang lebih membimbangkan. Dalam profesional menolong, intervensi krisis memegang peranan penting dalam membantu individu menghadapi trauma, terutama selepas tragedi besar seperti kehilangan MH370. Keperluan akan garis
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy