Kesejahteraan Sosial
02 INTERVENSI KRISIS BERASASKAN MODEL RPSD KE ARAH MASYARAKAT SEJAHTERA PSIKOLOGI 35 awal membantu. Anggota bomba dan penyelamat menggunakan model teknikal R.E.C.E.O dalam situasi kecemasan fizikal (Mohd Wafiy Akmal Ahmad Khadri & Nor Shafrin Ahmad, 2019). Di agensi kerajaan dan swasta, krisis diuruskan dengan pelbagai kaedah dan intervensi. Namun masih tiada model intervensi krisis yang disesuaikan secara psikososial untuk masyarakat di Malaysia. Tanpa garis panduan intervensi krisis yang komprehensif, pelaksanaan menjadi tidak seragam dan keberkesanannya terbatas. ketiadaan model intervensi krisis yang bersifat sistematik, praktikal dan kontekstual, sejajar dengan keperluan masyarakat Malaysia menjadikan jurang kritikal dalam usaha menangani isu intervensi krisis secara berkesan. Oleh itu, Model Intervensi Krisis RPSD ( Rapport , Penaksiran, Sokongan, Daya Tindak) diperkenalkan sebagai langkah transformasi dalam intervensi krisis. Model ini menyusun semula intervensi dalam bentuk yang boleh dilaksanakan oleh kaunselor, petugas barisan hadapan dan komuniti secara jelas, terarah dan mudah diadaptasi dalam pelbagai situasi krisis. Model RPSD turut memberi ruang kepada pengintegrasian teknologi digital dalam pelaksanaan intervensi. Ini bukan sahaja meningkatkan akses bantuan secara pantas dan meluas, tetapi turut menyokong usaha kerajaan dalam merealisasikan Dasar Kesihatan Mental Negara (DKMN) dan Matlamat Pembangunan Mampan ( SDG ) 3 untuk aspek Kesihatan dan Kesejahteraan. Dengan pendekatan yang lebih responsif, inklusif dan mesra teknologi, pelaksanaan Model RPSDmampu membina ekosistem sokongan krisis yang lebih kukuh dan lestari dalam pelbagai peringkat masyarakat. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Krisis merujuk kepada satu keadaan luar jangkaan yang mencetuskan reaksi mengancam dan membahayakan individu seterusnya menyebabkan persepsi ancaman, gangguan emosi, dan ketidakfungsian akibat kegagalan daya tindak (Kanel, 2018). Krisis turut mengganggu pemikiran, emosi, dan tingkah laku individu (Butėnaitė, Sondaitė, & Mockus, 2016). Perubahan kehidupan akibat krisis berpotensi menyebabkan serangan panik dan pelbagai kegagalan fungsi lain, yang memberi impak besar terhadap kesejahteraan individu (Usher, Durkin, &
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy