Kesejahteraan Sosial

34 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL INTERVENSI KRISIS BERASASKAN MODEL RPSD KE ARAH MASYARAKAT SEJAHTERA PSIKOLOGI NOR SHAFRIN AHMAD, PhD Profesor Madya Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia sham@usm.my 1.0 PENGENALAN Krisismerupakan situasi luar jangkayangbolehmenimpasesiapasahaja, tanpa mengira latar belakang, usia atau status sosial. Krisis lazimnya tercetus akibat kejadian luar jangkaan atau tekanan melampau yang melemahkan keupayaan individu untuk berfikir dan bertindak secara rasional. Menurut James dan Gilliland (2017), krisis bolehmenjadi bahaya yang melumpuhkan atau peluang untuk perubahan positif. Apabila krisis tidak ditangani dengan segera dan efektif, individu berisiko mengalami gangguan psikologi serius seperti gangguan neurotik, psikotik, malah kematian (Roberts & Yeager, 2009). Kejadian traumatik seperti didera, dibuli, diancam, bencana alam serta ditakuti secara psikologi membawa kepada krisis dalam hidup. Di Malaysia beberapa krisis besar negara berlaku seperti kehilangan pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China dan diikuti MH17 yang ditembak jatuh mengorbankan 283 penumpang dan 15 anak kapal. Krisis lain adalah seperti pencerobohan Lahad Datu, tanah runtuh di Batang Kali, kebakaran di Putra Heights dan kemalangan maut anggota FRU. Pelbagai krisis lain yang berlaku seperti pertengkaran dan pembunuhan ahli keluarga menjejaskan kesejahteraan psikologi individu dan keseluruhan fungsi ahli masyarakat. Dalam konteks sokongan profesional, kaunselor dan petugas barisan hadapan masih menghadapi cabaran besar dalammenangani krisis. Kajian dan maklum balas menunjukkan wujudnya kekangan pengetahuan, pendedahan dan latihan khusus dalam intervensi krisis. Model intervensi krisis sedia ada seperti Psychological First Aid (PFA) dan kemahiran asas kaunseling sering digunakan sebagai langkah

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy